Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SM Lee: Masyarakat berbilang kaum, agama S’pura kerjasama bina masyarakat tolak ansur

Sep 12, 2024 | 9:05 PM
Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong (kiri), bertemu ketua Vatican City, Paus (Pope) Francis, di Bangunan Parlimen pada 12 September sempena lawatan tiga hari Paus Francis ke Singapura.
Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong (kiri), bertemu ketua Vatican City, Paus (Pope) Francis, di Bangunan Parlimen pada 12 September sempena lawatan tiga hari Paus Francis ke Singapura. - Foto FACEBOOK LEE HSIEN LOONG

Masyarakat berbilang kaum dan agama di Singapura membolehkan kepercayaan utama di sini untuk bukan sahaja hidup dan beribadat secara bersama, malah turut bekerjasama demi membina masyarakat yang lebih bertolak ansur dan berdaya tahan, kata Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong.

Encik Lee berkata sedemikian menyusuli pertemuan beliau secara privet dengan pemimpin Kota Vatican, Paus (Pope) Francis di Bangunan Parlimen pada 12 September.

Dalam satu hantaran di Facebook pada 12 September, Encik Lee berkata beliau mempunyai perbincangan mendalam bersama Paus Francis berkenaan Singapura dan bagaimana negara ini dapat mengekalkan masyarakat berbilang budaya dan agama untuk berkembang maju.

Beliau menyifatkan Paus Francis sebagai tokoh yang mengutarakan keamanan, empati dan maruah setiap insan secara konsisten.

“Saya teruja bahawa Paus Francis memilih Singapura sebagai perhentian terakhir dalam rangka lawatan Asia Pasifik beliau.

“Saya berharap bahawa lawatan Paus telah menggalakkan dan memberi inspirasi bukan sahaja kepada penganut Katolik, malah semua yang telah mendengar mesej mengenai harapan dan ketabahan moral,” ujarnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg