Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SM Lee pimpin semula GRC Ang Mo Kio; Chee Meng bersaing di SMC Jalan Kayu baru

Apr 19, 2025 | 1:56 PM

Menteri Kanan Lee Hsien Loong (empat dari kanan) memperkenalkan barisan calon bagi GRC Ang Mo Kio yang terdiri daripada (dari kanan) Cik Nadia Ahmad Samdin, Encik Daryl David, serta muka baru Encik Victor Lye dan Cik Jasmine Lau pada 19 April 2025 di cawangan PAP di Teck Ghee. Wakil bagi SMC Jalan Kayu yang baru ialah Encik Ng Chee Meng (tiga dari kiri). SMC Kebun Baru tetap diwakili oleh Encik Henry Kwek (dua dari kiri) dan SMC Yio Chu Kang oleh Encik Yip Hon Weng (kanan).
Menteri Kanan Lee Hsien Loong (empat dari kanan) memperkenalkan barisan calon bagi GRC Ang Mo Kio yang terdiri daripada (dari kanan) Cik Nadia Ahmad Samdin, Encik Daryl David, serta muka baru Encik Victor Lye dan Cik Jasmine Lau pada 19 April 2025 di cawangan PAP di Teck Ghee. Wakil bagi SMC Jalan Kayu yang baru ialah Encik Ng Chee Meng (tiga dari kiri). SMC Kebun Baru tetap diwakili oleh Encik Henry Kwek (dua dari kiri) dan SMC Yio Chu Kang oleh Encik Yip Hon Weng (kanan). - Foto CMG

Menteri Kanan Encik Lee Hsien Loong kembali memimpin pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di GRC Ang Mo Kio bagi Pilihan Raya Umum (GE) 2025.

SM Lee turut memperkenalkan dua muka baru dalam pasukan GRC Ang Mo Kio, Encik Victor Lye dan Cik Jasmin Lau.

Beliau juga akan disertai oleh Anggota Parlimen sedia ada, Encik Darryl David dan Cik Nadia Ahmad Samdin.

Encik Victor Lye, yang pernah bertanding di GRC Aljunied, dan Jasmin Lau, bekas pegawai kanan perkhidmatan awam, akan menggantikan Anggota Parlimen yang bersara – Encik Gan Thiam Poh dan Cik Ng Ling Ling.

Di SMC Jalan Kayu yang baru pula, bekas Anggota Parlimen dna ketua gerakan buruh, Encik Ng Chee Meng membuat kemunculan semula dalam politik dan akan bertanding di kawasan itu.

Bagi SMC Yio Chu Kang dan Kebun Baru, Encik Yip Hon Weng dan Encik Henry Kwek akan terus mewakili PAP dam bertanding di kawasan mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg