Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SM Lee puji ucapan PM Wong, ulangi rancangan pemerintah bagi dasar utama S’pura

Aug 19, 2024 | 6:33 PM
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, semasa memberi ucapan sulung semasa Rapat Hari Kebangsaan 2024 di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central Ang Mo Kio pada 18 Ogos.
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, semasa memberi ucapan sulung semasa Rapat Hari Kebangsaan 2024 di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central Ang Mo Kio pada 18 Ogos. - Foto MDDI

Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, memuji ucapan Perdana Menteri Lawrence Wong yang disampaikan semasa Rapat Hari Kebangsaan pada 18 Ogos.

Dalam catatan di Facebook pada 19 Ogos, Encik Lee turut mengulangi bahawa pemerintah akan menetapkan semula dasar-dasar utama.

Ini termasuk aspek ekonomi, keluarga, perumahan dan pendidikan, untuk menyokong peluang yang pelbagai bagi setiap rakyat Singapura.

“Untuk menyokong pelbagai peluang bagi setiap rakyat Singapura, pemerintah akan menetapkan semula dasar-dasar utama termasuk ekonomi, keluarga, perumahan dan pendidikan,” kata Encik Lee.

Antara yang diumumkan semasa acara itu adalah penghargaan Singapura atas kemahiran lain, termasuk kemahiran amali dan kemahiran insaniah, selain seni dan sukan.

Seiring itu, Encik Wong turut mengumumkan bahawa satu pendekatan baru akan diperkenal bagi mengembangkan potensi pelajar berkebolehan lebih tinggi di semua sekolah, dengan Program Pendidikan Bijak (GEP) menjalani pembaharuan setelah empat dekad.

“PM telah melancarkan Latihan Melakar Hala Tuju Singapura pada tahun lalu untuk memperbaharui kompak sosial kita, melakar nilai-nilai yang dikongsi bersama dan memupuk impian serta aspirasi semua rakyat Singapura,

“Kami akan mempertingkatkan sistem pendidikan untuk memastikan bahawa setiap kanak-kanak boleh belajar mengikut rentak mereka sendiri, dan mengembangkan bakat mereka yang unik.”

Turut memberi pendapatnya tentang pengumuman hari cuti wajib yang diperuntuk untuk bapa, atau Cuti Paterniti Dibayar Pemerintah (GGPL), yang bakal memberikan seorang bapa cuti sehingga 14 minggu mulai 1 April 2026, Encik Lee berkata:

“Cuti yang dikongsi ibu bapa yang dibayar pemerintah yang baru ini akan memberi ibu bapa muda lebih banyak masa bersama anak-anak mereka. Bagi syarikat-syarikat dan pekerja tempatan, kami akan meningkatkan bantuan untuk mempertingkatkan kemahiran melalui Program Peningkatan Kemahiran SkillsFuture.”

“Impian rakyat Singapura ini akan mendorong kita maju ke hadapan. Bersama-sama, kita akan membina laluan baru, membantu rakan-rakan senegara kita, dan membina sebuah kediaman untuk generasi akan datang supaya berkembang maju.” ujar Encik Lee.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg