Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SM Lee sambut 40 tahun bersama Teck Ghee

Sep 3, 2024 | 4:41 PM
Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong (lapan dari kiri) bersama anggota penasihat Ang Mo Kio dan rakan seperjuangan dahulu dan sekarang menyambut ulang ke-40 cabang Parti Tindakan Rakyat (PAP) Teck Ghee.
Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong (lapan dari kiri) bersama anggota penasihat Ang Mo Kio dan rakan seperjuangan dahulu dan sekarang menyambut ulang ke-40 cabang Parti Tindakan Rakyat (PAP) Teck Ghee. - Foto FACEBOOK TG CONNECTS

Walaupun taraf hidup berjaya dipertingkat dengan penjagaan kesihatan, perumahan, pengangkutan dan sokongan lain yang mampu dimiliki, keseimbangan dalam mengurus sumber dengan teliti perlu dikekalkan.

Demikian ditekankan Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, dalam satu hantaran di Facebook pada 3 September sempena merayakan ulang tahun ke-40 cabang Parti Tindakan Rakyat (PAP) Teck Ghee.

Seperti Singapura, beliau berkata Ang Mo Kio dan Teck Ghee telah berubah menjadi lebih baik sejak beberapa dekad lalu, menerusi cara hidup dan bekerja, sekolah dan cita-cita yang ingin dicapai.

“Dengan cara itu, kita boleh memastikan keadaan berjalan dengan lancar, dan melakukan perkara betul di samping rakyat kita.

“Saya rasa kita telah berjaya melakukannya di Singapura dan juga di Teck Ghee,” kata Encik Lee, yang telah berkhidmat sebagai Anggota Parlimen (AP) Teck Ghee dan kemudian Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Ang Mo Kio selama 40 tahun.

Encik Lee menambah bahawa beliau berterima kasih atas kepercayaan dan sokongan orang ramai yang membolehkan beliau mengubah Ang Mo Kio dan Teck Ghee.

“Ini bukanlah tugas mudah, tetapi saya bersyukur atas kepercayaan dan sokongan orang ramai yang membolehkan kita berbuat demikian.

“Ia merupakan satu penghormatan bagi saya untuk berkhidmat sebagai AP Teck Ghee dan kemudiannya GRC Ang Mo Kio selama 40 tahun yang lalu, dan saya berharap untuk terus berkhidmat kepada anda bersama pasukan saya,” ujar Encik Lee.

Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Teck Ghee, yang dibentuk pada 1984, diwakili Encik Lee buat kali pertama apabila beliau dipilih sebagai AP ketika berusia 32 tahun sebelum SMC tersebut dibubarkan dan digabungkan untuk menjadi GRC Ang Mo Kio pada 1991.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg