SM Lee: Sesi buka puasa di Al-Muttaqin papar perpaduan masyarakat berbilang kaum

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SM Lee: Sesi buka puasa di Al-Muttaqin papar perpaduan masyarakat berbilang kaum

Mar 4, 2026 | 2:44 PM

SM Lee: Sesi buka puasa di Al-Muttaqin papar perpaduan masyarakat berbilang kaum

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
SM Lee, buka puasa, Al-Muttaqin, perpaduan masyarakat berbilang kaum
Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong (empat dari kiri), bersama tetamu di Masjid Al-Muttaqin semasa acara berbuka puasa yang diadakan pada 3 Mac di masjid tersebut. - Foto MDDI

Detik manis berbuka puasa bersama anggota jemaah di Masjid Al-Muttaqin pada 3 Mac membuatkan Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, mengingati tentang keunikan Singapura, di mana rakan dari pelbagai agama dan bangsa berkumpul untuk berbuka puasa sambil berkongsi nikmat perpaduan yang mesra sesama mereka.

Ini dikongsi Encik Lee dalam satu catatan Facebook pada 4 Mac selepas menghadiri acara tersebut yang menekankan semangat kebersamaan warga Singapura.

Katanya: “Dunia di sekeliling kita semakin kompleks. Walaupun kita tidak dapat mengawal apa yang berlaku di luar Singapura, kita boleh bersiap sedia bagi menghadapi masa hadapan.

“Marilah kita terus mengambil berat dan saling menyokong antara satu sama lain serta mengukuhkan ikatan yang memupuk masyarakat yang harmoni dan inklusif.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg