Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SMRT buat laporan polis berhubung rakaman video dari landasan tren

Jun 11, 2025 | 8:05 PM
SMRT, video, landasan, laporan polis
Video tersebut dirakam dalam keadaan malap dan menunjukkan sebuah kereta api melintas di landasan berhampiran. - Foto TANGKAP LAYAR FACEBOOK COMPLAINT SINGAPORE

Pengendali kereta api SMRT telah membuat laporan polis selepas rakaman yang kelihatan telah diambil dari landasan MRT mula tersebar di media sosial pada 10 Jun.

Video yang dikongsi di media sosial Facebook, Complaint Singapore itu, dirakam dalam keadaan malap dan menunjukkan sebuah kereta api melintas di landasan berhampiran.

Individu yang merakam video tersebut kemudian bergerak lebih dekat ke arah kereta api, sebelum melintasi landasan.

Namun, tidak jelas bila video tersebut dirakam.

Sebagai respons kepada pertanyaan The Straits Times (ST), SMRT berkata pada 11 Jun pihak mereka mengetahui tentang video tersebut.

“Rakaman video itu dirakam di antara stesen Simei dengan Tanah Merah, di mana kerja-kerja pembinaan berdekatan sedang dijalankan untuk jejambat baru yang menghubungkannya dengan Depoh Bersepadu East Coast yang akan datang,” kata Presiden SMRT Trains, Encik Lam Sheau Kai, dalam satu kenyataan.

“Kami memandang serius kejadian ini, kerana pencerobohan trek menimbulkan risiko keselamatan yang amat tinggi.

“Tindakan melulu seperti itu bukan sahaja membahayakan individu bahkan juga menyebabkan gangguan perkhidmatan, lalu menjejas ramai penumpang.

“Apabila brek kecemasan dikenakan, terdapat juga risiko menyebabkan kecederaan kepada penumpang yang menaiki kereta api,” katanya.

Encik Lam menambah SMRT telah melaporkan kejadian itu kepada pihak polis dan sedang bekerjasama dalam menjalankan penyiasatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg