Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SMRT: Gangguan Laluan Circle akibat langgar protokol penyelenggaraan

Sep 26, 2024 | 9:25 PM
Masa lebih lama diambil untuk kembali beroperasi disebabkan gangguan kuasa kepada pemutus litar kedua semasa ingin menggantikan pemutus litar utama oleh pasukan penyelenggaraan SMRT.
Masa lebih lama diambil untuk kembali beroperasi disebabkan gangguan kuasa kepada pemutus litar kedua semasa ingin menggantikan pemutus litar utama oleh pasukan penyelenggaraan SMRT. - Foto FACEBOOK/ SMRT

Kerosakan kuasa yang berpanjangan di seluruh perkhidmatan Laluan Circle (CCL) pada 17 September disebabkan oleh pasukan penyelenggaraan yang tidak mendapat pelepasan untuk menggantikan pemutus lintar pada waktu perkhidmatan, kata pengendali rel SMRT.

Dalam satu hantaran Facebook pada 26 September, SMRT berkata bahawa gangguan itu disebabkan oleh gangguan pada pemutus litar dalam Sistem Pemati Keselamatan Traksi (TSSS) di CCL.

Masa lebih lama diambil untuk kembali beroperasi disebabkan gangguan kuasa kepada pemutus litar kedua semasa ingin menggantikan pemutus litar utama oleh pasukan penyelenggaraan SMRT.

Semasa gangguan itu, satu kerosakan teknikal menyebabkan sistem pengumuman awam (PA) yang digunakan untuk memaklumkan para pengguna SMRT tentang laluan alternatif semasa gangguan perkhidmatan, yang berlangsung selama 12 minit.

Pasukan itu ingin menggantikan pemutus rantaian utama bagi mengelakkan gangguan itu daripada berlaku lagi dan menjejas kerja menarik balik kereta api ke depot pada lewat hari itu.

Namun, pasukan tersebut tidak mempunyai kebenaran yang diperlukan untuk melaksanakan kerja pembetulan tersebut semasa waktu perkhidmatan, menurut SMRT.

Ini merupakan pelanggaran terhadap protokol pengendali.

Menurut laporan The Straits Times (ST), insiden itu menyebabkan pengendali tersebut mengambil masa yang lebih lama bagi memastikan tiada isu teknikal lanjut sebelum menyambung semula khidmat kereta api secara biasa.

“Demi keselamatan penumpang kami, Pusat Kawalan Operasi perlu mengambil kira semua kereta api sebelum perkhidmatan biasa boleh disambung semula.

“Mengambil iktibar daripada insiden sebelum ini, kami mengaktifkan rancangan pengalihan semula dan menasihatkan penumpang supaya meneruskan perjalanan mereka menggunakan laluan MRT alternatif atau bas lain,” kata SMRT dalam satu hantaran media sosial.

SMRT sedang bekerjasama dengan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk menyemak reka bentuk keseluruhan sistem TSSS dan Sistem Pemati Kecemasan Sejagat (GES) yang terlibat dalam gangguan berturutan di laluan CCL.

Selain itu, sistem isyarat dan pengumuman CCL juga akan dipertingkat, kata SMRT.

Sistem isyarat digunakan untuk mengarah trafik kereta api dan memastikan bahawa kereta api mengekalkan jarak yang selamat antara satu sama lain.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg