Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SNOC lantik dua Naib Presiden

Sep 27, 2024 | 9:21 PM
Menteri Kemampanan dan Sekitaran, dan juga Presiden SNOC, Cik Grace Fu (dua dari kanan), semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) di Raffles Town Club pada 27 September 2024. Turut bergambar adalah (dari kiri) Bendahari SNOC, Encik Lee Wung Yew; Naib Presiden Cik Jessie Phua; dan Naib Presiden Encik Mark Chay.
Menteri Kemampanan dan Sekitaran, dan juga Presiden SNOC, Cik Grace Fu (dua dari kanan), semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) di Raffles Town Club pada 27 September 2024. Turut bergambar adalah (dari kiri) Bendahari SNOC, Encik Lee Wung Yew; Naib Presiden Cik Jessie Phua; dan Naib Presiden Encik Mark Chay. - Foto SNOC

Cik Jessie Phua dan Encik Mark Chay telah dipilih sebagai Naib Presiden Jawatankuasa Eksekutif Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC), semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) SNOC pada 27 September 2024.

Cik Phua, dipilih semula untuk penggal selama empat tahun lagi, meneruskan khidmatnya sebagai Naib Presiden.

Encik Chay, bekas wakil Persatuan Sukan Kebangsaan, kembali ke Jawatankuasa Eksekutif SNOC selaku Naib Presiden.

Menurut satu kenyataan SNOC pada 27 September, kededua mereka akan berkhidmat dari 2024 hingga 2028.

Selain itu, Encik Lee Wung Yew telah dipilih untuk berkhidmat selama satu tahun sebagai Bendahari.

Sementara itu, Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, yang juga presiden Jawatankuasa Eksekutif SNOC, melahirkan penghargaannya kepada Cik Juliana Seow, yang mengundurkan diri selaku Naib Presiden.

Cik Seow telah berkhidmat dan menyumbang sebagai Naib Presiden selama empat tahun, tambah kenyataan itu.

Menurut kenyataan SNOC pada 27 September itu, AGM yang diadakan di Raffles Town Club itu telah dihadiri 158 perwakilan yang mewakili 39 anggota biasa, enam anggota bersekutu, dan sembilan anggota sementara.

Selain Cik Jessie Phua dam Encik Mark Chay, Naib Presiden Jawatankuasa Eksekutif SNOC yang lain termasuk Dr Benedict Tan dan Encik Lawrence Leow.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg