Sokongan AMP bantu bekas penagih bangkit, kembali dalam masyarakat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sokongan AMP bantu bekas penagih bangkit, kembali dalam masyarakat

Atur semula hidup dengan sokongan emosi, sosial Program Pembangunan dan Integrasi Semula (DRP) AMP
Feb 27, 2026 | 5:30 AM

Sokongan AMP bantu bekas penagih bangkit, kembali dalam masyarakat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Muhammad Shafiq Samil, amp singapura, sokongan masyarakat
Hasil sokongan AMP Singapura, Encik Muhammad Shafiq Samil, kini melangkah dengan keyakinan baru dan semangat lebih kental. - Foto AMP SINGAPURA

Kepedulian dan keprihatinan.

Dua sikap itu amat diperlukan dalam masyarakat oleh golongan yang terpesong dalam perjalanan hidup dan pernah terjerumus ke dalam kancah dadah.

Salah seorang yang pernah terjebak dalam kancah penagihan dadah ialah Encik Muhammad Shafiq Samil.

Sudah beberapa kali beliau melalui fasa mencabar dalam kehidupannya.

Beliau pernah tidak mempunyai tempat tinggal, terjebak dalam kancah dadah dan hidup sendirian.

Encik Shafiq, 32 tahun, berkata: “Selepas dipenjarakan akibat kesalahan dadah, saya tidak mempunyai tempat perlindungan yang selamat untuk pulang.

“Saya terputus hubungan dengan keluarga dan hidup sendirian.

“Saya sebenarnya sudah lama rasakan yang saya perlukan pertolongan, tetapi saya tidak tahu di mana saya boleh mendapatkan pertolongan.”

Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) telah membantu Encik Shafiq dengan menyediakan pelbagai sumber bagi membantunya kembali bersepadu semula dengan masyarakat.

Ia termasuk merujuknya kepada AMP Singapura.

Setelah melalui Program Pembangunan dan Integrasi Semula (DRP) kendalian AMP, nasibnya berubah.

“Saya menerima sokongan emosi dan sosial daripada pegawai kes saya di AMP, Encik Alfian.

“Sebelum saya mula merancang tentang cara saya harus mengatur kehidupan saya, Encik Alfian menyuruh saya menyenaraikan perkara-perkara yang saya ingin capai dalam hidup saya.

“Setelah itu, Encik Alfian menolong saya mengutamakan perkara-perkara itu, daripada yang paling senang dan penting untuk saya capai hingga ke yang paling susah,” kata Encik Shafiq.

Melalui pengurusan kes oleh AMP, Encik Shafiq berjaya menyemai semula keyakinan dirinya.

Beliau terus berusaha dan tabah menghadapi kesukaran dalam mencari pekerjaan serta mendapatkan bantuan.

“Encik Alfian juga membantu saya mengeratkan kembali hubungan silaturahim dengan kakak kandung saya yang sudah lama renggang dan terputus.

“Dengan bimbingan Encik Alfian juga, saya belajar cara mendapatkan bantuan kewangan, dan mendapatkannya,” ujar beliau.

Setelah melalui program itu, Encik Shafiq belajar mengutamakan diri sendiri demi kebaikannya.

Beliau, yang kini bekerja sebagai penolong pengurus di sebuah kafe, berkata:

“Saya bayangkan pada satu hari nanti, saya akan mempunyai rumah sendiri. Saya juga sedang berusaha untuk mengerjakan ibadah umrah dan menunaikan fardu haji.”

Encik Shafiq telah membuktikan beliau adalah seorang yang tabah dan kuat.

Beliau kini mempunyai tempat perlindungan sementara serta pekerjaan tetap untuk menyara hidupnya.

Dalam masa yang sama, beliau juga tidak pernah melupakan pentingnya ilmu kerohanian dan agama.

“Perjalanan ini mengajar saya bahawa perubahan boleh berlaku sekiranya anda tahu di mana anda boleh mendapatkan bantuan.

“Anda mungkin ingin berubah, tetapi jika anda mendapatkan nasihat dan sokongan daripada sumber yang salah, anda akan sentiasa kekal di tempat yang sama,” tambah Encik Shafiq.

Imbas kod QR ini untuk menyokong usaha AMP.
Imbas kod QR ini untuk menyokong usaha AMP. - Foto AMP SINGAPURA

MAKLUMAT RINGKAS

Bantuan AMP menerusi pelbagai program dan perkhidmatan, merangkumi:

– Sokongan pekerjaan dan pembangunan diri

– Bantuan kewangan dan pengurusan hutang

– Pemulihan dan penyepaduan semula ke dalam masyarakat

– Sokongan bagi keluarga dan belia berkeperluan

– Perkhidmatan sosial seperti kaunseling dan talian bantuan AMP

Cara hulur derma kepada AMP:

– Layari laman web, ampdonate.sg untuk memilih dana khusus

– PayNow: UEN 199105100D

– Pindahan ke bank akaun UOB: 125-304-515-4 (Kod Cawangan: 025)

– Melalui cek atas nama ‘AMP’ dan nyatakan nama penuh, nombor kad pengenalan (NRIC) dan maklumat, bagi tujuan potongan cukai.

– Kunjungi pejabat AMP di 1 Pasir Ris Drive 4, #05-11, Singapura 519457 (beroperasi dari Selasa hingga Khamis, dari 9 pagi hingga 4.30 petang)

– Lungsuri laman web, https://amp.org.sg/ untuk perincian lanjut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg