Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Sokongan bagi individu keperluan khas ditambah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sokongan bagi individu keperluan khas ditambah

Mar 06, 2024 | 07:41 PM



Pengguna kerusi roda serta individu berkeperluan khas daripada keluarga kurang bernasib baik akan dikenakan bayaran lebih rendah untuk menggunakan khidmat pengangkutan yang boleh membantu mereka memanfaatkan khidmat atau program di tempat lain.

Mulai 1 April, golongan tersebut boleh memanfaatkan subsidi lebih tinggi di bawah Skim Subsidi Pengangkutan Pengupayaan (ETS) yang dikendalikan SG Enable.

Buat masa ini, seramai 5,400 individu berkeperluan khas menerima subsidi tersebut.

Sekitar 40 peratus daripada mereka dijangka dapat menikmati bayaran pengangkutan yang dikurangkan sebanyak 10 peratus atau lebih, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Eric Chua.

Langkah tersebut merupakan antara sokongan dipertingkat bagi individu dan kanak-kanak berkeperluan khas yang dibentangkan semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) pada 6 Mac.

“Kita juga akan mengemas kini had pendapatan isi rumah per kapita supaya lebih ramai keluarga dapat meraih manfaat dari subsidi seperti ETS... supaya penerima bantuan tidak perlu mengulangi penilaian ini untuk tempoh masa tertentu.

“Ini boleh memastikan mereka yang memerlukan skim dan subsidi ini dapat memanfaatkannya dengan mudah,” kata Encik Chua.

Keluarga berpendapatan sederhana boleh menikmati yuran lebih rendah untuk menghantar anak-anak berkeperluan khas ke pusat penjagaan pelajar sedang pemerintah menetapkan had yuran lebih rendah mulai Julai.

Menurut MSF, sebanyak 100 keluarga bakal meraih manfaat daripada daya usaha itu setiap tahun.

Buat masa ini, yuran bagi pusat penjagaan pelajar, yang menawarkan khidmat penjagaan sebelum dan selepas sekolah bagi pelajar berkeperluan khas berusia tujuh hingga 18 tahun, dikenakan had yuran berdasarkan pendapatan isi rumah.

Ini selain subsidi lain yang mungkin diterima keluarga yang layak.

Bagi menempatkan sokongan individu kurang upaya lebih dekat dengan mereka, SG Enable akan melancarkan dua lagi Hab Khidmat Pengupayaan di Jurong West dan Punggol.

Hab tersebut berkhidmat sebagai alternatif bagi individu kurang upaya yang tidak lagi menerima khidmat dan boleh memainkan peranan untuk mengelakkan rasa sepi dengan membawa mereka keluar dari rumah untuk bergaul dengan masyarakat.

Hab pertama dilancarkan di Tampines oleh SG Enable dengan kerjasama badan amal SPD pada Ogos 2023.

Sekitar 140 individu kurang upaya dan juga penjaga yang menetap di Tampines dan Bedok telah memanfaatkan hab tersebut.

Kata Encik Chua: “Kita semua boleh memainkan peranan melalui tindakan yang mungkin dilihat remeh tetapi berkesan, seperti memerhatikan sama ada mereka memerlukan bantuan, melemparkan senyuman serta tidak merenung apabila mereka melakukan perbuatan di luar jangkaan, memberi tumpuan kepada keupayaan mereka dan bukan kekurangan mereka.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >