Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Sokongan bagi lulusan ITE, pekerja gaji rendah selaras usaha rapat jurang gaji, tingkat mobiliti sosial

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sokongan bagi lulusan ITE, pekerja gaji rendah selaras usaha rapat jurang gaji, tingkat mobiliti sosial

Feb 18, 2024 | 05:31 AM



Inisiatif di bawah Belanjawan 2024 yang memberi pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) rangsangan kewangan jika mereka meneruskan pengajian dan menamatkan diploma mereka boleh dilihat sebagai usaha merapatkan jurang gaji yang diperhatikan dalam kalangan lulusan peringkat pendidikan berbeza.

Ia sekali gus membantu mengatasi isu ketidaksamaan pendapatan dan mobiliti sosial, kata Anggota Parlimen (AP) yang diminta mengulas mengenainya oleh Berita Minggu.


Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata langkah meningkatkan diri adalah sesuatu yang perlu direbut masyarakat Melayu kerana ia peluang mendapatkan kemahiran baru yang membuka peluang peningkatan gaji.

“Mempersiapkan pekerja kita bukan untuk mereka yang sudah menjangkau umur 40 tahun sahaja, bahkan mereka yang mungkin daripada peringkat ITE perlu dipertingkat lagi kepada kelayakan diploma kerana kemasukan ke sektor-sektor baru memerlukan kemahiran dan kelayakan lebih tinggi,” kata beliau.

Semasa membentangkan Belanjawan 2024 pada 16 Februari, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, mengumumkan lulusan ITE berusia 30 tahun ke bawah akan menerima tokokan $5,000 dalam Akaun Pendidikan Posmenengah (PSEA) apabila mereka menyertai program diploma, dan setelah berjaya meraih diploma itu, mereka akan diberi tokokan $10,000 ke dalam Akaun Biasa Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mereka.

Encik Masagos berkata tokokan $10,000 ke dalam akaun CPF lulusan ITE yang meraih diploma itu boleh digunakan mereka untuk membayar bayaran muka bagi memiliki flat HDB kelak.

Inisiatif yang diberi nama Anugerah Kemajuan ITE ini bertujuan menggalak pendidikan berterusan sepanjang hayat dan menggalak lebih ramai lulusan ITE meningkatkan kemahiran mereka agar lebih berpeluang mendapatkan pekerjaan yang bergaji lebih baik.

Anggota Parlimen (AP) GRC Sembawang, Cik Mariam Jaafar, berkata: “Saya rasa ia akan menolong lulusan ITE mengurangkan jurang pendapatan dan dengan ini juga lama-lama-kelamaan, meningkatkan mobiliti sosial. Saya rasa ini amat bagus.”

AP GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah, pula berkata Belanjawan 2024 “memberangsangkan... terutama sekali dari segi pendidikan”.

“Harapan saya ialah mereka (pelajar ITE) menggunakan (inisiatif) ini sebagai satu platform untuk mereka teruskan pembelajaran mereka,” kata beliau.

Mengurangkan jurang gaji untuk memastikan lebih banyak kesaksamaan dan mobiliti sosial juga dicerminkan dalam pengumuman Encik Wong untuk meningkatkan pekerja bergaji rendah dengan memberikan mereka bayaran Daya Kerja lebih besar.

Ini sebahagian penambahbaikan ke atas skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja (WIS), di mana pekerja bergaji rendah berusia 60 tahun dan ke atas, misalnya, akan layak mendapat bayaran tahunan sebanyak $4,900, bertambah daripada $4,200 yang diberi sekarang.

Penambahbaikan itu akan dilaksana terhadap pekerjaan yang dilakukan mulai 1 Januari 2025 dan dijangka memberi manfaat kepada sekitar setengah juta rakyat Singapura.

Sementara itu, presiden Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (Snef), Dr Robert Yap, menyambut baik kenaikan siling gaji Skim Kredit Gaji Progresif (PWCS) daripada $2,500 kepada $3,000 pada 2025.

Kenaikan itu seiring dengan peningkatan had pendapatan yang layak untuk mendapatkan Daya Kerja.

“Peningkatan tahap pembiayaan bersama dan siling gaji di bawah PWCS yang dipertingkatkan mulai 2024 akan mengurangkan beberapa tekanan kos yang dihadapi oleh majikan.

“Walaupun peningkatan itu adalah lebih rendah daripada apa yang dicadangkan oleh Snef, sokongan tambahan daripada PWCS yang dipertingkat akan dialu-alukan oleh majikan,” kata Dr Yap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >