Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sokongan diperkukuh bagi individu, keluarga yang memerlukan

Feb 18, 2025 | 9:56 PM
Lebih banyak sokongan diberikan kepada individu dan keluarga yang mengalami tekanan kewangan.
Lebih banyak sokongan diberikan kepada individu dan keluarga yang mengalami tekanan kewangan. - Foto BH oleh KHALID BABA

Kadar skim bantuan ComCare dipertingkat

Kadar lebih tinggi bagi Bantuan Jangka Pendek hingga Sederhana (SMTA) ComCare dan Bantuan Jangka Panjang ComCare (LTA) untuk memberi sokongan yang lebih baik kepada isi rumah berpendapatan rendah bagi perbelanjaan asas.

Contohnya, sebuah isi rumah satu orang yang menerima LTA akan menerima tambahan $120 setiap bulan, menjadikan jumlah bantuan tunai bulanan sebanyak $760.

Mereka yang mendapat sokongan daripada SMTA juga akan menerima lebih banyak berbanding sebelum ini, bergantung kepada komposisi isi rumah, keperluan dan pendapatan.

Elaun S’pura dinaikkan

Pemerintah akan meningkatkan elaun Singapura, iaitu bayaran ex-gratia (pemberian yang bukan diwajibkan di sisi undang-undang) yang diterima sebilangan pesara.

Elaun ini akan dinaikkan daripada $350 kepada $390 sebulan bagi menyokong mereka yang menerima wang pencen lebih kecil.

Had pencen bulanan juga akan dinaikkan kepada $1,320.

Melalui skim Bantuan Interim ComCare, pemerintah juga akan menyediakan lebih banyak sokongan kepada pertubuhan masyarakat untuk membantu keluarga memerlukan.

Lebih banyak sokongan diberikan kepada pertubuhan masyarakat

Melalui skim Bantuan Sementara ComCare, pemerintah akan memberikan lebih sokongan kepada pertubuhan masyarakat untuk membantu isi rumah yang memerlukan.

Ini merupakan pemberian bantuan kewangan segera kepada individu atau keluarga berpendapatan rendah yang memerlukan bantuan kewangan mendesak dan sementara.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg