Topic followed successfully
Go to BHkuSokongan untuk pemandu teksi, privet tangani kos bahan api
Sokongan untuk pemandu teksi, privet tangani kos bahan api
Apr 6, 2026 | 8:04 PM
Sokongan untuk pemandu teksi, privet tangani kos bahan api
Pelbagai sokongan dan bantuan telah diumumkan oleh pengusaha teksi serta pengendali perkhidmatan tempah kenderaan dalam talian untuk membantu pemandu mereka menampung kenaikan kos bahan api.
Berikut antara daya usaha yang diumum setakat ini. - Foto fail
Pelbagai bentuk sokongan dan bantuan sudah diumumkan oleh pengusaha teksi serta pengendali perkhidmatan tempah kenderaan dalam talian, bagi membantu pemandu mereka menangani kenaikan kos bahan api.
Berikut antara inisiatif yang telah diumumkan setakat ini.
Grab, termasuk GrabCab
- Surcaj 90 sen disalurkan sepenuhnya kepada pemandu, berkuat kuasa dari 7 April hingga 31 Mei, bagi setiap perjalanan, selain teksi standard atau bermeter.
- Tambang bermeter GrabCab dinaikkan dari 30 Mac hingga 31 Mei.
- Baucar bahan api.
Tada
- Tambang perjalanan akan dinaikkan kepada 90 sen untuk perjalanan berharga sehingga $18, berkuat kuasa dari 10 April hingga 31 Mei.
- Tambang perjalanan seterusnya akan dinaikkan kepada $1.20 bagi perjalanan yang berharga $18.10 dan ke atas, juga dari 10 April hingga 31 Mei.
- Bayaran sokongan sekali sahaja akan diberikan kepada pemandu yang layak.
Gojek
- Tambang perjalanan dinaikkan kepada 90 sen, kecuali tempahan perkhidmatan GoTaxi, dari 10 April hingga 31 Mei.
- Subsidi dan baucar bahan api.
ComfortDelGro
- Tambang bermeter dinaikkan.
- Caj pemandu bagi tempahan menerusi aplikasi Zignya diperkenal; 50 sen bagi tambang di bawah $15 dan 80 sen bagi tambang $15 atau lebih.
- Harga minyak lebih rendah di stesen minyak kendalian sendiri.
- Program kredit bahan api berjumlah $25 bagi setiap pemandu.
Strides Premier
- Bayaran sokongan sekali sahaja bagi bahan api.
- Tambang bermeter dinaikkan 30 Mac hingga 31 Mei.
- Harga minyak lebih rendah di stesen minyak kendalian sendiri.
Prime Taxi
- Tambang bermeter dinaikkan dari 30 Mac hingga 31 Mei.
- Baucar bahan api.
Trans-Cab
- Rebat sewa kenderaan sebanyak $3 kepada pemandu dari 10 Mac hingga 6 April, dan akan dilanjutkan dari 7 hingga 15 April.
- Harga minyak lebih rendah di stesen minyak kendalian sendiri.
GoGoX
- Sokongan bahan berjumlah $1 bagi setiap tempahan yang selesai.
Foodpanda
- Diskaun bahan api sebanyak 20 peratus di stesen minyak rakan kongsi.
Laporan berkaitan
Pemandu privet, teksi kian terhimpit dek harga petrol naikApr 6, 2026 | 7:29 PM
Perisikan beri amaran Iran tidak mungkin kurangkan cengkaman ke atas Selat HormuzApr 4, 2026 | 5:36 PM

