Di bawah Pusat Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Vista Sakinah ditubuhkan pada 2009 sebagai sebuah pusat pakar yang menawarkan sokongan terhadap pasangan yang ingin berkahwin semula dan keluarga tiri.
Pelbagai program dianjurkan oleh PPIS Vista Sakinah untuk persediaan sebelum dan selepas memasuki alam keluarga baharu, khususnya bagi pasangan serta anak-anak, yang mungkin memerlukan sokongan dalam menyesuaikan diri dengan kehidupan keluarga tiri.
Antaranya, PPIS Vista Sakinah menyalurkan khidmat kursus persediaan perkahwinan untuk menyokong perkahwinan semula pasangan tempatan atau pasangan antarabangsa menerusi Program Memupuk Kasih (PMK).
PPIS Vista Sakinah turut menyediakan Fitrah Enrichment Programme, sebuah inisiatif yang mengutamakan aktiviti kekeluargaan dan bertujuan membina kenangan baharu bersama keluarga tiri.
Bengkel X’tra Family yang terbentuk di bawah program Bunayya kendalian PPIS Vista Sakinah, juga dilaksanakan dengan menjurus perbincangan ke arah pemahaman, emosi, komunikasi dan cara mengatasi cabaran baharu dalam kehidupan berkeluarga tiri.
Selain itu, khidmat rundingan dan kaunseling serta latihan profesional untuk pekerja sosial dan kaunselor turut disediakan bagi memantapkan lagi perkhidmatan berbentuk kemasyarakatan di PPIS Vista Sakinah.
Untuk mendapatkan khidmat mereka, hubungi talian 6891 3090 atau e-mel kepada vistasakinah@ppis.sg. Layari ppis.sg/family-services/vistasakinah/ atau kunjungi pejabat PPIS Vista Sakinah di Blk 549, Woodlands Drive 44, #01-86 Singapura 730549 bagi mendapatkan informasi lanjut.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg