Solat Aidilfitri: 24,000 ruang solat tambahan disedia di hampir 50 kariah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Solat Aidilfitri: 24,000 ruang solat tambahan disedia di hampir 50 kariah

Muis: Jumlah tambahan kepada sekitar 240,000 ruang solat sedia ada masjid; usaha tampung permintaan demi kemudahan warga emas
Mar 13, 2026 | 7:58 PM

Solat Aidilfitri: 24,000 ruang solat tambahan disedia di hampir 50 kariah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
hari raya, prayers
Ruang solat tambahan akan disediakan di hampir 50 kariah di seluruh Singapura sempena Hari Raya Aidilfitri, termasuk di Blok 238, Tengah Garden Walk - Foto BH oleh KHALID BABA

Sebanyak 24,000 ruang solat tambahan akan disediakan sempena Hari Raya Aidilfitri 2026 di hampir 50 kariah, iaitu peningkatan hampir 30 peratus berbanding 2025.

Jumlah itu merupakan tambahan kepada sekitar 240,000 ruang solat sedia ada di masjid setempat yang menawarkan sehingga tiga sesi solat, termasuk ruang khas buat jemaah wanita.

Dalam satu kenyataan media pada 13 Mac, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) memaklumkan lokasi tambahan tersebut disediakan bagi memudahkan warga emas serta individu yang mempunyai keperluan mobiliti.

Justeru, tersedia tempat solat lebih dekat dan mudah diakses dari kawasan kediaman mereka.

Menurut Muis, langkah menyediakan lokasi tambahan itu juga bertujuan menampung permintaan yang semakin meningkat bagi ruang solat sempena Hari Raya Aidilfitri.

Selain itu, Muis juga menyatakan kebanyakan masjid tidak memerlukan tempahan slot bagi menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri.

Namun, bagi sesi pertama solat Aidilfitri pada 7.20 pagi di Masjid Darul Ghufran di Tampines Avenue 5, jemaah perlu membuat tempahan melalui pautan book.masjids.sg.

Tempahan tersebut akan dibuka pada 10 pagi, 17 Mac.

Melalui hantaran Facebook pada 13 Mac, Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, turut berkongsi mengenai ruang solat yang disediakan.

Beliau berkata masjid di seluruh Singapura telah membuat persiapan bagi menyediakan ruang solat yang mencukupi untuk masyarakat Islam sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Masjid di seluruh Singapura akan menyediakan sekitar 240,000 ruang solat, dengan sesetengah masjid menawarkan sehingga tiga sesi solat,” kata Dr Faishal.

Beliau menambah ruang solat khas juga disediakan bagi jemaah wanita.

Menurut Dr Faishal, sebanyak 24,000 ruang solat tambahan turut disediakan di sekitar 49 lokasi tambahan di seluruh negara.

“Ini merupakan peningkatan hampir 30 peratus berbanding tahun lalu (2025),” ujarnya.

Beliau turut menggalakkan jemaah yang mempunyai kelonggaran masa agar menunaikan solat pada sesi kedua atau ketiga, atau memilih masjid yang kurang sesak.

“Ini akan membantu memastikan semua jemaah dapat menunaikan solat Hari Raya dengan selesa,” katanya.

Muis turut menggesa sokongan masyarakat agar terus mengamalkan sikap bertanggungjawab secara sosial sepanjang sambutan yang penuh keberkatan itu.

“Para jemaah digalakkan bersikap baik dan menghargai petugas masjid serta para sukarelawan.

“Mereka yang memandu pula digalakkan berkongsi kenderaan (carpool) dan menempatkan kenderaan dengan penuh pertimbangan, bagi mengurangkan kesulitan kepada penduduk setempat,” pesan Muis dalam kenyataannya.

Dr Faishal juga merakamkan penghargaan kepada Muis, jawatankuasa masjid, kakitangan, sukarelawan serta pemimpin kariah yang membantu menjayakan persiapan bagi solat Hari Raya Aidilfitri.

Maklumat lanjut mengenai solat Hari Raya Aidilfitri termasuk ruang solat bagi Muslimah dan bahasa khutbah boleh didapatkan di pautan go.gov.sg/rayaprayer bagi masjid serta go.gov.sg/rayaprayersupp bagi lokasi tambahan.

Orang ramai juga boleh menggunakan maps.gov.sg/raya-prayer untuk mencari lokasi ruang solat berhampiran.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg