Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Speaker tolak permohonan Pritam baca kenyataan polis bekas kader WP

Jan 14, 2026 | 10:13 PM
Parlimen, Pritam, Ketua Pembangkang
Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh. - Foto MDDI

Permohonan Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, untuk membaca kenyataan polis Cik Loh Pei Ying – anggota kader Parti Pekerja (WP) ketika itu yang berhubung rapat dengan Cik Raeesah Khan – di Parlimen telah ditolak Speaker Parlimen, Encik Seah Kian Peng, pada 14 Januari.

Selepas mempertimbangkannya secara teliti, Encik Seah memutuskan bahawa Encik Pritam tidak boleh melakukan demikian.

Awal sebelum itu, dalam perbahasan usul bagi memutuskan sama ada Encik Pritam masih sesuai meneruskan peranannya sebagai Ketua Pembangkang, beliau mengakui telah menulis kepada pihak pendakwa raya untuk meminta kebenaran membacakan kenyataan yang tidak pernah didedahkan untuk usul di Parlimen itu, tetapi permintaannya ditolak.

Menurutnya, memandangkan Parlimen berdaulat, Speaker Parlimen, iaitu Encik Seah, boleh memutuskan sama ada beliau boleh membacakan kenyataan Cik Loh.

Encik Seah bagaimanapun berkata di bawah Seksyen 225(a) Kanun Prosedur Jenayah, Encik Pritam dianggap telah berjanji untuk tidak menggunakan bahan tersebut bagi apa-apa tujuan selain daripada prosiding jenayah, tanpa kebenaran pendakwa raya.

Beliau berkata Encik Pritam telah berkata sebelum ini bahawa pendakwa raya tidak bersetuju dengan permintaan untuk menggunakan kenyataan itu di Parlimen, dan menambah, jika beliau membenarkannya, ia akan “menjejas rasa hormat dan kesabaran bersama yang dikekalkan antara Dewan ini dengan badan kehakiman”.

Memberi respons, Encik Pritam berkata beliau kecewa dengan keputusan itu, tetapi menghormatinya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg