SPH Media di landasan betul terima insentif
Mar 7, 2025 | 7:02 PM
SPH Media berada di landasan yang baik untuk menerima kebanyakan insentif berkaitan prestasi sebanyak $28.9 juta untuk tahun kewangan 2024. - Foto fail
“SPH Media berada di landasan yang baik untuk menerima kebanyakan insentif berkaitan prestasi sebanyak $28.9 juta untuk tahun kewangan 2024.
“Ini diproratakan berdasarkan laporan kemajuan dan pencapaian petunjuk prestasi utama (KPI) yang diserahkan kepada Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) untuk tahun lalu.
“Seperti yang dikongsi oleh Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Cik Josephine Teo, SPH Media terus mengekalkan capaian keseluruhan yang kukuh sebanyak 70 peratus daripada populasi penduduk,” jurucakap SPH Media.
Laporan berkaitan
Bahaya dalam talian: Agensi bantu mangsa bakal ditubuh 2026Mar 7, 2025 | 7:40 PM
Josephine: Produk digital SPH Media terus kukuh, kekal capaianMar 7, 2025 | 7:12 PM

