Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SPH Radio cemerlang di Anugerah Podcast Asia 2024

Sep 4, 2024 | 8:31 PM
(Dari kiri) Wartawan kanan kesihatan Straits Times, Joyce Teo, dilihat di sini bersama penerbit podcast, Hadyu Rahim.
(Dari kiri) Wartawan kanan kesihatan Straits Times, Joyce Teo, dilihat di sini bersama penerbit podcast, Hadyu Rahim. - Foto ST

SPH Radio telah meraih lima anugerah berprestij dan 18 pencalonan di Anugerah Podcast Asia 2024.

Acara tersebut bertujuan mengiktiraf individu, pasukan, dan pertubuhan yang paling cemerlang dalam industri podcast di Asia.

Ia diadakan sempena Radiodays Asia 2024, yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 3 September 2024. 

Menurut SPH Radio, pengiktirafan ini menandakan iltizamnya untuk menyampaikan kandungan bermutu tinggi, sesuai dengan selera pendengar di seluruh Asia.

Anugerah tersebut termasuk tiga pengiktirafan penting untuk stesen radio MONEY FM 89.3.

Ini termasuk kemenangan hos “Your Money”, Michelle Martin yang telah dianugerahkan Penyampai Podcast Terbaik 2024 kerana gaya penyampaian bermaklumat yang menarik.

Anugerah Podcast Fakta Terbaik 2024 pula diterima oleh Climate Connections, yang diiktiraf atas penerokaan mendalam mengenai isu-isu alam sekitar.

Sementara itu, Thank Fitness It’s Friday meraih anugerah Podcast Kesihatan dan Kesejahteraan Terbaik 2024 kerana pendekatannya yang inovatif dalam mempromosikan gaya hidup sihat.

Stesen radio Cina SPH Media juga telah meraih pengiktirafan.

Liang Wenfu Music Journey dari 96.3 Hao FM meraih anugerah Podcast Rancangan Radio Terbaik 2024, manakala Gen Bridge dinobatkan sebagai Podcast Baharu Terbaik 2024.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg