Topik diikuti
Pergi ke BHkuSportSG tutup kemudahan luar, kemudahan tanpa penyaman udara di semua Pusat Sukan ActiveSG
SportSG tutup kemudahan luar, kemudahan tanpa penyaman udara di semua Pusat Sukan ActiveSG
SportSG tutup kemudahan luar, kemudahan tanpa penyaman udara di semua Pusat Sukan ActiveSG
Dalam kemas kini di laman webnya pada 16 Oktober, SportSG berkata ia akan menutup semua kemudahan luar dan kemudahan tanpa penyaman udara di semua Pusat Sukan ActiveSG kerana situasi jerebu yang tidak menentu.
Kemudahan dalaman dan berpenyaman udara kekal dibuka buat masa ini.
Ini susulan kemas kini lebih awal pada 15 Oktober, 6.30 petang. Ketika itu, badan sukan itu menutup kemudahan luar dan tanpa penyaman udara di Pusat Sukan ActiveSG di timur, selatan, barat dan tengah, dan hanya kemudahan di utara dibuka.
Untuk kemas kini lanjut tentang penutupan kemudahan, termasuk kompleks renang, gelanggang luar dan padang hoki, rujuk laman web ActiveSG Circle.