S’pura akan labur $800j dalam Program Perdana Semikonduktor Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan
S’pura akan labur $800j dalam Program Perdana Semikonduktor Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan
Singapura akan melabur $800 juta ke dalam Program Perdana Semikonduktor Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan (RIE).
Program perdana itu akan memberi tumpuan kepada bidang utama penyelidikan dan inovasi semikonduktor yang penting bagi daya saing jangka panjang Singapura, selain kekuatan sedia ada seperti dalam pembungkusan dan fotonik maju.
Sebanyak $60 juta akan dilaburkan untuk menubuhkan Pusat Terjemahan dan Inovasi Semikonduktor Nasional (NSTIC) bagi Elektronik Kuasa dengan keupayaan teras dalam elektronik kuasa generasi akan datang.
NSTIC (Kuasa Elektronik) akan menempatkan barisan perintis penyelidikan dan pembangunan (R&D) silikon karbida (SiC) 8 inci (200mm) berkonsep inovasi terbuka yang pertama di dunia, seiring kepakaran penyelidikan dan kejuruteraan khusus.
Ia dijangka mula beroperasi menjelang April 2026.
Cabaran Utama RIE dalam Penyahkarbonan bernilai $800j dilancar
Di bawah Cabaran Utama RIE dalam Penyahkarbonan (DGC), pemerintah akan melabur $800 juta dalam tempoh lima tahun akan datang bagi menyokong usaha penyelidikan, inovasi, dan terjemahan untuk penjanaan tenaga rendah karbon serta teknologi penyahkarbonan proses perindustrian bagi sektor industri dan tenaga.
Contoh teknologi itu termasuk tenaga suria, hidrogen dan bahan terbitannya, kecekapan tenaga, penyimpanan tenaga, penangkapan dan penggunaan karbon, serta pemodenan grid.
Satu program baharu, iaitu Rintis Singapura untuk Tenaga dan Penyahkarbonan Perusahaan (Speed), akan dianjurkan oleh Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star) di bawah DGC untuk mendorong inovasi dan membangunkan penyelesaian yang boleh diguna pakai secara komersial untuk memenuhi matlamat iklim Singapura.

