Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura akan tambah pengamal AI untuk sokong saintis data, jurutera

Jul 23, 2025 | 12:56 PM
Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Cik Josephine Teo, berbual dengan Encik Clay Chandler, editor eksekutif Asia di Fortune Magazine, semasa persidangan Fortune Brainstorm AI pada 22 Julai di The Ritz-Carlton, Singapura.
Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Cik Josephine Teo, berbual dengan Encik Clay Chandler, editor eksekutif Asia di Fortune Magazine, semasa persidangan Fortune Brainstorm AI pada 22 Julai di The Ritz-Carlton, Singapura. - Foto ST

Singapura merancang untuk melatih kumpulan pengguna kecerdasan buatan (AI) yang berani bagi menyokong saintis data dan jurutera dalam usaha membawa negara ke masa depan digital.

“Kami bercakap tentang profesional seperti peguam, akauntan dan doktor yang akan menjadi pengamal awal AI dan mengajar rakan-rakan mereka cara memanfaatkannya,” kata Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Cik Josephine Teo, pada 22 Julai, hari pertama persidangan Fortune Brainstorm AI di The Ritz-Carlton, Singapura.

Beliau memperincikan bagaimana negara-negara kecil boleh membangunkan strategi AI mereka untuk bersaing di peringkat global yang didominasi oleh negara besar seperti Amerika Syarikat dan China, semasa perbincangan bertajuk “Beyond scale: How small nations can lead in the age of AI.”

Kumpulan pengguna AI perlu jauh melebihi 15,000 pengamal AI yang sebelum ini sudah disasarkan Singapura, kata Cik Teo.

Beliau juga menyatakan bahawa jumlah tenaga kerja negara ini sekitar 3.5 juta, termasuk mereka yang bekerja dalam sektor pembuatan, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan kewangan, lapor The Straits Times (ST).

“Mereka dapat menunjukkan bagaimana AI boleh menambah nilai kepada organisasi mereka,” kata Cik Teo, sambil menambah bahawa maklumat lanjut tentang kemahiran AI bagi tenaga kerja akan diumumkan kelak. 

Beliau turut menjawab soalan daripada editor eksekutif Fortune Asia, Encik Clay Chandler, mengenai pembangunan tenaga kerja, dalam dialog mengenai strategi AI Singapura di pentas global. 

Rancangan untuk menggandakan kumpulan bakat AI Singapura kepada 15,000 orang diumumkan pada Disember 2023, melibatkan saintis data dan jurutera yang menterjemahkan AI ke aplikasi dunia nyata.

Pada Januari 2025, DeepSeek, model AI generatif dari China, dilancarkan dengan kos latihan hanya AS$5.6 juta ($7.2 juta), jauh lebih rendah berbanding beratus juta yang dibelanjakan oleh gergasi teknologi Amerika untuk melatih model bahasa besar (LLM) mereka.

Sejak itu, pemimpin teknologi China telah menyumbang kepada pasaran dengan beberapa perkhidmatan AI kos rendah.

Mengambil contoh bagaimana Singapura mencari niche dalam model bahasa yang dibangunkan untuk rantau ini, Cik Teo berkata terdapat ruang untuk inovasi walaupun bagi negara kecil.

“Saya juga ingin mengatakan bahawa dinamik ini bukan semata-mata persaingan, ia juga saling menguatkan,” katanya, merujuk kepada ciptaan setempat Sea-Lion.

Dibangunkan oleh AI Singapore, Sea-Lion dilatih dengan 13 bahasa termasuk Jawa, Sudan, Melayu, Tamil, Thai dan Vietnam, selain bahasa Inggeris dan Cina.

“Kami tahu model bahasa besar yang dilatih dengan korpus Barat sukar diaplikasikan dalam konteks Asia Tenggara,” kata Cik Teo. 

“Alat AI yang tidak mempertimbangkan data tempatan mungkin tidak memenuhi keperluan Singapura dan negara jiran.

“Syarikat akan menggunakan gabungan kedua-duanya untuk membangunkan bantuan chat yang lebih relevan,” tambahnya.

Ruang Singapura untuk berinovasi semakin diperluas apabila faktor seperti cara menurunkan kos dan bagaimana model-model AI boleh saling melengkapi dipertimbangkan, kata Cik Teo.

Singapura juga akan terus berinteraksi dengan semua negara untuk membina asas dua hala dan mencapai kemajuan dalam bidang teknologi baru, tambah beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg