Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura alu-alu gencatan senjata

Nov 27, 2024 | 5:44 PM
Seorang lelaki duduk di sebuah bangunan yang rosak di luar kawasan selatan Beirut.
Seorang lelaki duduk di sebuah bangunan yang rosak di luar kawasan selatan Beirut. - Foto REUTERS

Singapura mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata Israel dan Lebanon, langkah pertama positif ke arah memulihkan kestabilan di rantau itu.

Menyatakan itu dalam satu kenyataan pada 27 November, jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA)  berharap semua pihak menghormati dan mematuhi syarat perjanjian itu.

“Perjanjian itu akan memudahkan pemulangan orang awam ke rumah mereka di kedua-dua belah sempadan Israel dengan Lebanon.

“Singapura mengulangi gesaannya bagi gencatan senjata segera di Gaza, serta pembebasan semua baki tebusan, dengan segera, selamat, dan tanpa syarat.

“Kami juga menggesa semua pihak membenarkan penghantaran segera, selamat dan tanpa halangan bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan kepada orang awam yang terjejas di Gaza,” kata jurucakap itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg