Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura, AS ikrar perkukuh kerjasama pertahanan dua hala

Feb 6, 2025 | 1:09 PM
Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen (kiri), bercakap dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Encik Pete Hegseth, melalui panggilan telefon pada 5 Februari.
Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen (kiri), bercakap dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Encik Pete Hegseth, melalui panggilan telefon pada 5 Februari. - Foto FACEBOOK NG ENG HEN

Singapura dan Amerika Syarikat mengesahkan semula hubungan pertahanan dua hala dalam satu panggilan pengenalan melalui telefon yang disifatkan sebagai “baik dan mesra” oleh Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen.

Dalam hantaran di Facebook pada 6 Februari, Dr Ng berkata beliau telah mengadakan perbualan dengan Setiausaha Pertahanan Amerika, Encik Pete Hegseth, pada 5 Februari dan merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan beliau.

Pelantikan Encik Hegseth sebagai setiausaha pertahanan disahkan pada 24 Januari.

Beliau merupakan bekas pengacara Fox News dan juga veteran tentera yang dihormati, lapor The Straits Times (ST).

Dr Ng akur “tanggungjawab besar” yang dipikul Encik Hegseth dalam menguruskan angkatan tentera Amerika yang mempunyai kehadiran dan pengaruh besar di peringkat sejagat.

“Setiausaha Hegseth meluahkan penghargaan atas kerjasama kukuh Singapura yang berasaskan nilai dan kepentingan bersama, serta sokongan dan usaha kami mempermudahkan aset mereka saling bergilir melalui Pangkalan Udara Paya Lebar dan RSS Singapura – Pangkalan Tentera Laut Changi,” kata Dr Ng.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Encik Hegseth atas peluang latihan untuk detasmen jet pejuang Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) di Amerika.

“Bersama-sama, kami mengesahkan semula hubungan pertahanan dua hala yang kukuh dan berikrar untuk memperkukuh kerjasama demi manfaat bersama serta kestabilan serantau,” kata Dr Ng.

Beliau turut mengalu-alukan kedatangan Encik Hegseth ke Singapura untuk Dialog Shangri-La tahunan yang bakal berlangsung dari 30 Mei hingga 1 Jun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg