Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

S’pura bandar kelima terpintar di dunia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura bandar kelima terpintar di dunia

Zurich kekal paling atas dalam Indeks Bandar Pintar 2024; Singapura
antara enam bandar ‘juara super’ dalam mengekal, pertingkat kedudukan
Apr 11, 2024 | 05:11 PM



Singapura adalah bandar kelima paling pintar di dunia, naik dua tangga daripada kedudukan pada 2023.

Demikian menurut Indeks Bandar Pintar 2024 yang diterbitkan pada 9 April.

Negara ini juga kekal sebagai negara terpintar di Asia dan satu-satunya bandar Asia yang berada dalam 10 negara paling bijak di dunia, mengalahkan bandar lain seperti Beijing, Seoul dan Taipei.

Kedudukan tahunan itu memberi gred kepada 142 bandar tentang sejauh mana mereka menggunakan teknologi untuk meningkatkan mutu kehidupan warganya.

Laporan itu mendapati Singapura cemerlang dalam bidang seperti menyediakan sanitasi asas yang memuaskan ke kawasan termiskin, pengangkutan awam dan keselamatan awam.

Zurich mengekalkan gelarannya sebagai bandar paling pintar di dunia, diikuti oleh Oslo, Canberra dan Geneva.

Selain Singapura, lima lagi bandar Asia berada di kedudukan 20 teratas – Beijing di tempat ke-13, Taipei (ke-16), Seoul (ke-17), Shanghai (ke-19) dan Hong Kong (ke-20).

Indeks Bandar Pintar kini sudah kali kelima diterbitkan oleh Institut Pembangunan Pengurusan (IMD), sebuah sekolah perniagaan Switzerland, lapor The Straits Times.


Tiada bandar Amerika dalam senarai 20 teratas pada 2024, mungkin disebabkan oleh pilihan raya yang semakin hampir, yang menjadikan orang ramai lebih kritikal tentang perkara yang perlu diperbaiki, kata Dr Bruno Lanvin, presiden Balai Cerap Bandar Pintar, IMD.

Balai cerap itu memberi tumpuan pada dasar dan isu undang-undang yang timbul daripada kemunculan, pembangunan dan tadbir urus bandar pintar.

Dari 2019 hingga 2021, Singapura menduduki tempat pertama dalam indeks sejagat itu, sebelum jatuh ke tempat ketujuh pada 2023.

Indeks itu tidak diterbitkan pada 2022 kerana penyelidiknya memperhalusi metodologi penyelidikan, kata IMD dalam satu kenyataan pada 11 April.

Laporan 2024 dihasilkan dengan kerjasama Pertubuhan Bandar Pintar Mampan Dunia (WeGO), sebuah persatuan antarabangsa pemerintah tempatan, pembekal dan institusi teknologi pintar.

Penyelidik menggabungkan data dan respons tinjauan daripada warga untuk menentukan kedudukan 142 bandar itu.

Pada 2024, buat kali pertama, purata bergerak boleh dikira, mendedahkan kedudukan bandar, secara purata, dalam indeks terdahulu, kata IMD.

Berdasarkan data itu, Singapura dinamakan sebagai “juara super” dalam mengekalkan kedudukannya atau meningkatkan kedudukannya.

Lima lagi juara super ialah Zurich, Oslo, Abu Dhabi, Beijing dan Seoul.

Dr Lanvin berkata: “Bandar-bandar mesti mereka bentuk dan mengguna pakai strategi yang boleh menepis ujian wabak masa depan dengan meningkatnya ketidaktentuan.

“Kebimbangan berkaitan kesihatan kekal tinggi, manakala kekhuatiran melibatkan iklim kian meningkat dengan lebih banyak; satu gabungan yang dirumitkan ekoran ketegangan antarabangsa yang terkini.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >