Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Di Hangzhou... semuanya ada di hujung jari

Oct 01, 2023 | 05:32 AM



Ni hao!


Salam dari Hangzhou.

Boleh saya memperkenalkan anda kepada dua teman baik saya di China?

Namanya, Ali dan Didi.

Oh bukan!

Bukan Ejen Ali dan Didi & Friends, watak kartun dari Malaysia yang popular dalam kalangan kanak-kanak.

“Ali” dan “Didi” yang saya maksudkan adalah aplikasi mudah alih, Alipay dan Didi, yang kerap digunakan warga tempatan di China.

Sebagai “warga sementara” Hangzhou, yang telah berada di sini selama 11 hari untuk membawakan anda liputan Sukan Asia, saya turut terjebak menggunakan aplikasi ini di telefon pintar saya.

Yalah, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.

Alipay adalah sebuah platform pembayaran dan khidmat digital di China, manakala Didi merupakan aplikasi mudah alih untuk menempah pengangkutan, yang seumpama Grab atau Gojek di Singapura.

Di Hangzhou, budaya wang tunai adalah raja, atau ‘cash is king’, tidak wujud.

Dikenali sebagai bandar yang tanpa tunai, atau ‘cashless’, warga tempatan di Hangzhou rata-rata berbelanja dengan menggunakan pembayaran elektronik, atau e-pembayaran.

Majoriti urus niaga dilaksanakan menggunakan Alipay dengan semua bas dan kebanyakan pasar raya, teksi dan restoran menerima e-pembayaran.

Justeru, para atlet, pegawai dan media antarabangsa yang datang ke Hangzhou juga harus menggunakan wadah yang sama ketika berada di edisi Sukan Asia yang ke-19 itu, yang dianggap temasya sukan besar yang pertama tanpa tunai.

Bahkan, wang tunai renminbi yang saya bawa dari Singapura lebih separuh sedang mengumpul habuk di dalam dompet. 

Saya berbaki tujuh hari lagi di Hangzhou.

Pembayaran dengan Alipay juga sangat mudah digunakan.

Hanya perlu imbas kod QR di aplikasi pada peranti Alipay di kedai-kedai dan “Ting! Bayaran sudah diterima.”

Apa yang hebat mengenai Alipay adalah ia menyediakan pelbagai khidmat semua di bawah satu bumbung.

Ingin menempah kenderaan untuk ke tempat pertandingan? 

Tekan sahaja pada aplikasi ‘Didi’.

Masukkan alamat lokasi anda dan destinasi yang bakal dituju dan dalam kurang tiga minit, sebuah kereta akan menjemput anda.

Mahu membeli makanan tetapi menunya adalah dalam bahasa Mandarin?

Jangan risau.

Buka Alipay dan tekan pada aplikasi ‘Translate’

Ambil gambar menu dan aplikasi itu dengan pantas akan menterjemahkannya untuk anda dalam bahasa Inggeris.

Seharian menggunakan Alipay dan telefon pintar anda hampir kehabisan bateri?

Usah bimbang untuk mencari soket bagi mengecasnya atau jika tiada pengecas mudah alih.

Hanya tekan pada ‘Energy Monster’, aplikasi peranti mengecas, dan cari lokasi terdekatnya untuk menyewa pengecas mudah alih.

Perkembangan terkini dalam Sukan Asia Hangzhou juga mudah dijejaki dengan adanya aplikasi ‘Smart Hangzhou’ di Alipay.

Anda boleh mendapatkan jadual dan keputusan acara serta tangga pungutan pingat pasukan negara tanpa perlu berlari-lari dari satu tempat pertandingan ke satu lagi.

Semuanya berada pada hujung jari di Hangzhou.

Mungkin inilah masa depan yang kita bakal alami.

Dunia yang semuanya pintar dan digital.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >