Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura, Bank Pembangunan Asia perkukuh integrasi serantau

Jun 3, 2025 | 1:11 PM
lawrence wong, kanda masato, bank pembangunan asia, singapura
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (kanan), bertemu Presiden Bank Pembangunan Asia (ADB), Encik Kanda Masato, pada 3 Jun. - Foto MDDI

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, telah bertemu dengan Presiden Bank Pembangunan Asia (ADB), Encik Kanda Masato, pada 3 Jun.

Singapura dan ADB menegaskan semula kerjasama erat serta peranan mereka dalam memperkukuh kerjasama dan penyepaduan serantau.

Dalam satu hantaran di Facebook pada 3 Jun, Encik Wong yang juga Menteri Kewangan melahirkan penghargaan Singapura terhadap ADB sebagai rakan kerjasama.

“Kerjasama kami telah berkembang sepanjang tahun dalam bidang seperti peralihan tenaga dan mekanisme pembiayaan inovatif.

“Kami menegaskan semula kerjasama erat antara ADB dengan Singapura serta peranannya dalam memperkukuh kerjasama dan integrasi serantau.

“Singapura mengalu-alukan rancangan ADB untuk memperluaskan kehadirannya di sini dan akan terus mengembangkan kerjasama melalui pejabat ADB di Singapura demi memenuhi keperluan pembangunan di rantau ini,” kata Encik Wong.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg