Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura, Beijing perkukuh kerjasama pelbagai bidang

Ia termasuk jagaan kesihatan, budaya, sains dan teknologi, pererat hubungan dua hala
Feb 20, 2025 | 6:00 PM
Anggota Biro Politik Parti Komunis China (CPC) yang juga Setiausaha Jawatankuasa CPC Perbandaran Beijing, Encik Yin Li (kanan), semasa kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, pada 20 Februari.
Anggota Biro Politik Parti Komunis China (CPC) yang juga Setiausaha Jawatankuasa CPC Perbandaran Beijing, Encik Yin Li (kanan), semasa kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, pada 20 Februari. - Foto MDDI

Singapura dan Beijing telah membincangkan langkah untuk memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk penjagaan kesihatan, budaya, sains dan teknologi supaya dapat mempererat hubungan dua hala.

Perkara itu dibincangkan dalam lawatan Anggota Biro Politik Parti Komunis China (CPC) yang juga Setiausaha Jawatankuasa CPC Majlis Perbandaran Beijing, Encik Yin Li, semasa menemui Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, pada 20 Februari.

Encik Wong dan Encik Yin turut mengesahkan semula hubungan erat dan pelbagai dimensi antara Singapura dengan China, yang diperkukuh melalui peningkatan taraf kepada ‘Perkongsian Menyeluruh Berorientasi Masa Depan Bermutu Tinggi’ pada April 2023.

Dalam satu hantaran di Facebook pada hari yang sama, Encik Wong berkata:

“Tahun ini (2025), kami menyambut ulang tahun ke-35 hubungan diplomatik antara kededua negara. Singapura berharap dapat terus meningkatkan hubungan kami dengan China.”

Di samping itu, kedua-dua pihak turut membincangkan kerjasama erat antara Singapura dengan Majlis Perbandaran Beijing dalam aspek budaya, pendidikan, penjagaan kesihatan, pembangunan sumber manusia, serta inovasi.

Semasa perbincangan tersebut, kededua pihak bersetuju memperkukuh kerjasama dalam bidang kepentingan bersama.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, turut menjadi hos bagi sesi jamuan tengah hari untuk Encik Yin pada 19 Februari.

Sesi itu turut dihadiri Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.

Mereka menilai kemajuan Memorandum Persefahaman (MOU) mengenai Pengukuhan Kerjasama Singapura-Beijing dan Pertukaran Antara Rakyat sejak ia ditandatangani pada Mac 2023.

Kedua-dua pihak menyambut baik kemajuan positif dan kerjasama antara Singapura dengan Majlis Perbandaran Beijing, serta melahirkan komitmen untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang sains dan teknologi.

Dengan itu, kededua pihak dapat menangani cabaran sejagat secara bersama, seperti perubahan iklim dan penuaan penduduk.

Dr Balakrishnan dan Encik Yin turut menyaksikan pertukaran beberapa MOU serta perjanjian dalam bidang pengangkutan, tenaga hijau dan penjagaan kesihatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg