Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura boleh jadi nod teknologi Global-Asia dipercayai

Dua inisiatif baru dalam bidang Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan (RIE) bakal diketengahkan sebagai sebahagian RIE2030
Feb 27, 2025 | 6:48 PM
Pelajar melakukan pemeriksaan penyelenggaraan dan memerhati keadaan pertumbuhan untuk memastikan sistem automatik berfungsi dengan baik dalam pertumbuhan tanam-tanaman sebagai sebahagian usaha penyelidikan agri-makanan.
Pelajar melakukan pemeriksaan penyelenggaraan dan memerhati keadaan pertumbuhan untuk memastikan sistem automatik berfungsi dengan baik dalam pertumbuhan tanam-tanaman sebagai sebahagian usaha penyelidikan agri-makanan. - Foto ST

Dua inisiatif baru dalam bidang Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan (RIE) bakal diketengahkan sebagai sebahagian daripada RIE2030 – Kecerdasan Buatan (AI) Gunaan dan pembangunan program penyelidikan dan pengembangan (R&D) berskala besar dan silang yang baru.

AI Gunaan termasuk menggunakan AI dalam sektor penting seperti penjagaan kesihatan, pendidikan, kewangan, logistik, pengangkutan dan pembuatan termaju.

Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC East Coast, berkata inisiatif AI untuk Sains bernilai $120 juta telah dilancarkan pada Oktober tahun lalu demi menyokong penyelidik memanfaatkan AI untuk mempercepatkan penemuan dalam bidang seperti bahan termaju dan sains bioperubatan.

“AI gunaan terletak di persimpangan AI dan pengetahuan domain (bidang). Membina kepakaran bidang yang kukuh pengamal kami dalam penjagaan kesihatan, pendidikan, kewangan, kejuruteraan dan lain-lain, kami akan melabur lebih banyak dalam membangunkan bakat saintifik “dwibahasa” – penyelidik yang boleh merapatkan jurang antara teknologi AI dan kepakaran dalam bidang,” kata Encik Heng.

Inisiatif kedua ialah pembangunan program R&D berskala besar dan silang yang diberi nama Flagships dan Grand Challenges.

RIE Flagships akan menggalak penciptaan nilai dalam sektor ekonomi utama, sementara RIE Grand Challenges akan menangani keutamaan strategik negara.

Kedua-dua program itu akan menyatukan keupayaan penyelidikan dan terjemahan yang relevan di universiti-universiti setempat, A*STAR dan institut penyelidikan, agensi awam dan penggiat sektor swasta, untuk membentuk program yang diselaraskan dan bersinergi.

“Hubungan antara penyelidikan, terjemahan dengan komersial akan diperketatkan untuk memajukan bidang ekonomi utama, menghasilkan produk dan syarikat baru, serta menangani keperluan dan masalah dunia sebenar,” ujar Encik Heng.

Bercakap pada hari kedua perbahasan Belanjawan di Parlimen, beliau berkata dalam dunia yang menuju ke arah persaingan dan perpecahan yang lebih besar, di tengah-tengah kemajuan pesat dalam sains dan teknologi, Singapura boleh menjadi nod teknologi, inovasi dan perusahaan Global-Asia yang dipercayai dan neutral.

Pada masa yang sama, Singapura boleh bekerjasama dengan yang terbaik untuk menangani cabaran.

“Warga Singapura boleh memainkan peranan sebagai pembina jambatan dan penghubung,” kata Encik Heng.

Menurut beliau, “kita mesti terus meletakkan Singapura sebagai nod teknologi, inovasi dan perusahaan Global-Asia yang dipercayai dan neutral, dengan rakan kongsi yang berfikiran sama berkumpul untuk bekerjasama.”

Encik Heng, yang juga pengerusi Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF) dan Panel Penasihat Ekonomi Masa Hadapan, menambah bahawa walaupun perubahan sememangnya sukar, Singapura mesti terus mengubah ekonominya untuk mencipta nilai tambah baru dan kekal berdaya saing.

Profesor Madya Jamus Lim (GRC Sengkang) bertanya sama ada projek-projek yang dibiayai NRF pada masa hadapan boleh menjangkau bidang siasatan di luar bidang sains dan teknologi.

“Misalnya sains sosial, bidang kemanusiaan, sastera liberal, reka bentuk, linguistik, psikologi, sejarah dan ekonomi kerana bidang-bidang ini juga boleh secara tidak langsung menyumbang kepada usaha teknologi atau sains kita,” jelas Encik Lim.

Encik Heng berkata terdapat banyak bahagian dalam pendanaan penyelidikan.

Meskipun NRF secara am memantau bahagian berkaitan sains dan teknologi, jika ada bahagian yang berkaitan dengan bagaimana sains dan teknologi boleh digunakan, NRF juga ada membiayai penyelidikan sedemikian, jelas beliau.

“Sebagai contoh, dalam bidang penuaan, ia bukan sahaja tentang aspek bioperubatan, bahkan dari aspek tingkah laku – bagaimana kita boleh galakkan orang mempunyai gaya hidup lebih sihat... jadi apabila ada kaitannya, kami membiayai projek sedemikian juga,” ujar Encik Heng.

“Dengan pembiayaan tambahan, ITE boleh melakukan lebih banyak lagi untuk membangunkan pelajar mereka dengan lebih berkesan, dalam pelbagai bidang. Bantu pelajar dengan lebih berkesan untuk menemui aspirasi, minat, serta kekuatan dan bakat individu. Dan akhirnya, ini akan membantu memelihara dan meningkatkan mobiliti sosial di Singapura.”
Anggota Parlimen GRC Jurong, Encik Xie Yao Quan.

“Selain Terminal 5, terdapat banyak rancangan menarik yang dikongsi sebelum ini, yang boleh dipercepatkan – seperti membangunkan semula Paya Lebar dan daerah Inovasi Jurong, menghidupkan semula Clarke Quay dan meningkatkan sektor seni kita untuk mencapai apa yang telah dicapai London di Eropah.”
Anggota Parlimen GRC Nee Soon, Encik Derrick Goh.

“Kami mempunyai banyak contoh tentang bagaimana bimbingan dan sokongan wanita boleh memberi kesan positif kepada kehidupan, dan kami menyeru pemerintah dan syarikat progresif untuk menyediakan lebih banyak sumber untuk program bimbingan, baik di peringkat masyarakat atau nasional, untuk memperkasa dan menggalakkan wanita mencapai kecemerlangan di rumah dan di tempat kerja.”
Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, Cik Yeo Wan Ling.

“Sebagai bapa kepada empat anak muda, saya tahu secara langsung betapa pantasnya bil barangan runcit meningkat dan betapa cepatnya kasut lusuh. Sokongan berterusan Belanjawan ini untuk perkahwinan dan keibubapaan menegaskan semula kepercayaan kita bahawa keluarga kekal sebagai asas kehidupan Singapura.”
Anggota Parlimen GRC Marsiling-Yew Tee, Encik Alex Yam.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg