Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura, Brunei perkukuh hubungan pertahanan

May 30, 2025 | 6:25 PM
S’pura, Brunei, pertahanan, Chan Chun Sing
Menteri Pertahanan, Encik Chan Chun Sing (kanan), bertemu Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II Brunei, Pehin Halbi Yussof, yang berada di Singapura untuk menghadiri Dialog Shangri-La ke-22 dan Mesyuarat Menteri Pertahanan Asia Tenggara-Amerika Syarikat yang tidak rasmi pada 30 Mei. - Foto MINDEF

Menteri Pertahanan, Encik Chan Chun Sing, telah bertemu Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II Brunei, Pehin Halbi Yussof, yang berada di Singapura untuk menghadiri Dialog Shangri-La ke-22 dan Mesyuarat Menteri Pertahanan Asia Tenggara-Amerika Syarikat yang tidak rasmi.

Pertemuan itu berlangsung pada 30 Mei di Hotel Shangri-La, menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pertahanan (Mindef).

Singapura dan Brunei juga akan meraikan ulang tahun ke-50 hubungan pertahanan mereka pada 2026.

“Kededua pertubuhan pertahanan berinteraksi secara kerap melalui lawatan peringkat tinggi, pertukaran profesional, kehadiran silang kursus dan latihan dua hala.

“Interaksi sedemikian telah meningkatkan profesionalisme dan mengukuhkan hubungan antara kededua negara,” kata Mindef.

Semasa mesyuarat itu, kededua menteri mengesahkan semula hubungan pertahanan yang erat dan lama terjalin.

Di samping itu, mereka turut membincangkan kerjasama dua hala antara Singapura dengan Brunei serta di platform pelbagai hala serantau, seperti Mesyuarat Menteri Pertahanan Asean (ADMM) dan ADMM-Plus.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg