Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura, China adakan latihan angkatan laut dua hala

Sep 1, 2024 | 6:39 PM
Kapal Angkatan Laut Singapura, RSS Stalwart terlibat dalam latihan dua hala antara Singapura dengan China, Latihan Kerjasama Maritim.
Kapal Angkatan Laut Singapura, RSS Stalwart terlibat dalam latihan dua hala antara Singapura dengan China, Latihan Kerjasama Maritim. - Foto MINDEF

Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) dan Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) sedang melaksanakan latihan dua hala dari 1 hingga 5 September.

Latihan Kerjasama Maritim itu berlangsung buat kali ketiga sejak ia diperkenal pada 2015.

Kapal frigat RSN, RSS Stalwart akan terlibat dalam latihan itu, kata Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan pada 1 September.

Dalam satu kenyataan terdahulu pada 29 Ogos, Mindef berkata kakitangan dari kededua pihak angkatan laut akan melaksanakan latihan seperti tembakan, pendaratan helikopter silang kapal serta menyesuaikan diri dengan prosedur vokal dan tembakan simulasi.

RSS Stalwart juga akan memperhatikan pelaksanaan beberapa tugas tertentu oleh Kapal Angkatan Laut PLA seperti kenaikan kapal dan pembersihan periuk api.

Majlis pembukaan latihan tersebut diadakan di Pangkalan Angkatan Laut Ma Xie di Zhanjiang, China pada 1 September dan dihadiri lebih 200 kakitangan dari kededua angkatan laut berkenaan.

“Latihan ini secara konsisten menawarkan peluang baik bagi kededua angkatan laut mempelajari antara satu sama lain, membina keyakinan dan persefahaman dan membina persahabatan,” tambahnya.

Latihan itu juga mencerminkan hubungan pertahanan dua hala yang kukuh dan mesra antara Singapura dengan China, kata Mindef.

“Selain latihan dua hala, kededua angkatan bersenjata itu juga berinteraksi secara kerap menerusi penukaran peringkat tinggi, lawatan serta menghadiri kursus bersama.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg