Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura dipilih semula ke Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa 

S’pura peroleh 176 daripada 184 undi, jumlah undian terbesar sejak kali pertama ia bertanding pada 2003
Sep 28, 2025 | 12:15 PM
Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam, Jeffrey
Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Jeffrey Siow (empat dari kanan) berjabat tangan dengan delegasi Singapura selepas dipilih semula ke Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa. - Foto MOT

Singapura berjaya dipilih semula sebagai anggota Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, menurut Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam satu kenyataan pada 28 September.

Ini susulan pilihan raya pada sesi ke-42 Perhimpunan ICAO yang diadakan di Montréal, Canada pada 27 September.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Jeffrey Siow mengetuai delegasi Singapura ke Perhimpunan ICAO itu, kata kenyataan tersebut.

Beliau yang juga Menteri Negara Kanan bagi Kewangan, berkata:

“Singapura berbesar hati kerana dipilih semula ke Majlis ICAO.

“Kepimpinan antarabangsa yang kukuh oleh ICAO, dengan sokongan daripada negara anggota dan industri, akan membolehkan pihak pemerintah, industri dan pertubuhan antarabangsa bekerjasama untuk menangani cabaran yang mendatang.

“Singapura bersedia bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan dan rakan kongsi untuk menyumbang kepada usaha ini demi manfaat semua negara.”

Dalam catatan Facebook pada 28 September, Encik Siow berkata bahawa tempat Singapura dalam majlis itu dijamin dengan “rekod bilangan undi”.

Ia telah memperoleh 176 daripada 184 undi, memperoleh jumlah undian terbesar sejak kali pertama ia bertanding pada 2003.

“Dalam dunia di mana peraturan kurang penting dan negara-negara kecil lebih sukar untuk menggunakan pengaruh, kita perlu bekerja lebih keras dengan rakan kongsi yang sehaluan untuk menjamin kepentingan kita,” katanya.

Pertubuhan antarabangsa yang berfungsi dengan baik seperti ICAO kekal sebagai platform penting untuk membina dunia di mana Singapura boleh terus makmur dengan baik, tambahnya.

Pertama kali Singapura dipilih menganggotai Majlis ICAO adalah pada 2003, pada sesi perhimpunan luar biasa yang diadakan untuk mengisi tiga kerusi Majlis baru.

Singapura telah berjaya dipilih semula pada sesi perhimpunan yang diadakan tiga tahun berikutnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg