SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

S’pura hos Sidang Puncak Pemimpin Global Muda WEF

S’pura hos Sidang Puncak Pemimpin Global Muda WEF

Oct 24, 2024 | 2:32 PM

S’pura hos Sidang Puncak Pemimpin Global Muda WEF

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (empat dari kiri), bersama Anggota Parlimen (AP) GRC Ang Mo Kio, Cik Nadia Ahmad Samdin (kiri), peguam hak asasi manusia antarabangsa Cik Natasha Latiff (dua dari kiri), serta para peserta Sidang Puncak Pemimpin Global Muda Forum Ekonomi Dunia (WEF).
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (empat dari kiri), bersama Anggota Parlimen (AP) GRC Ang Mo Kio, Cik Nadia Ahmad Samdin (kiri), peguam hak asasi manusia antarabangsa Cik Natasha Latiff (dua dari kiri), serta para peserta Sidang Puncak Pemimpin Global Muda Forum Ekonomi Dunia (WEF). - Foto MDDI

Buat julung-julung kalinya, Singapura menganjurkan Sidang Puncak Pemimpin Global Muda Forum Ekonomi Dunia (WEF), yang memilih kira-kira 100 pemimpin muda di bawah umur 40 tahun dari seluruh dunia untuk menyertai program tersebut.

Dalam catatan Facebook pada 22 Oktober, Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong berkata beliau bangga sidang ke-20 itu mempunyai dua warga Singapura, iaitu Anggota Parlimen (AP) GRC Ang Mo Kio, Cik Nadia Ahmad Samdin, dan peguam hak asasi manusia antarabangsa, Cik Natasha Latiff.

Semasa sidang puncak itu, Encik Wong juga berpeluang berdialog dengan para peserta, bersama Pengarah Urusan WEF, Encik Olivier Schwab.

“Adalah baik untuk melibatkan bukan sahaja kumpulan pemimpin muda sekarang, tetapi juga alumni daripada kohort terdahulu.

“Ia merangkumi kalangan penggerak perubahan yang pelbagai dan bertenaga – setiap orang mencipta kesan positif dengan cara mereka sendiri, dan melakukan bahagian mereka untuk dunia yang lebih terangkum dan mampan!” kata Encik Wong.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg