Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura kaji cara negara lain had akses kanak-kanak pada Internet, media sosial

Aug 17, 2025 | 8:43 PM
ketatkan akses kanak-kanak, Internet
Pemerintah sedang mengkaji cara negara lain mengetatkan akses kanak-kanak kepada Internet dan media sosial, kata Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.  - Foto fail

Pemerintah sedang mengkaji cara negara lain mengetatkan akses kanak-kanak kepada Internet dan media sosial, kata Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong. 

Menjelaskan demikian dalam ucapannya di Rapat Hari Kebangsaan pada 17 Ogos, yang diadakan di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central di Ang Mo Kio, Encik Wong, berkata:

“Beberapa negara telah meluluskan undang-undang baru untuk mengetatkan akses kepada Internet dan media sosial untuk kanak-kanak.

“Kami sedang mengkaji pengalaman mereka dengan teliti untuk memahami cara yang benar-benar berkesan.”

Semasa ucapannya, Encik Wong berkata beliau memahami kebimbangan ramai ibu bapa yang khuatir anak-anak mereka menghabiskan terlalu banyak masa menatap skrin – sama ada di media sosial, melayari Internet atau bermain permainan komputer.

Berbanding masa lalu, beliau mengakui bahawa kini lebih sukar bagi ibu bapa menetapkan sempadan, malah untuk mengetahui apakah yang dilakukan oleh anak-anak mereka memandangkan semua orang berada dalam talian dan sentiasa berhubung dengan telefon mereka.

“Kami akan melakukan lebih banyak lagi untuk menyokong ibu bapa dalam perjalanan ini.

“Kami akan mempertimbangkan apakah lagi yang boleh kami lakukan untuk mengukuhkan keselamatan dalam talian untuk kanak-kanak,” kata Encik Wong.

Pada Januari, pemerintah telah mengumumkan strategi kesihatan negara baru yang dipanggil, Sihat Membesar SG, atau Grow Well SG, bagi menggalak kanak-kanak mengamalkan gaya hidup lebih sihat.

Antaranya adalah dengan menggalakkan kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah mengurangkan masa skrin mereka.

Di bawah daya usaha baru itu, kanak-kanak berusia antara 18 bulan dengan enam tahun harus mengehadkan penggunaan skrin mereka di luar sekolah kepada kurang sejam sehari.

Mereka yang berumur tujuh hingga 12 tahun pula harus mengehadkan penggunaan skrin mereka di luar waktu sekolah kepada kurang dua jam sehari.

Bagi golongan itu, ibu bapa turut dinasihatkan agar tidak membenarkan anak-anak mereka mengakses Internet tanpa had, dan mengizinkan apa jua akses kepada perkhidmatan media sosial.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg