Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura kaji implikasi undang-undang perintah ICJ: Vivian

Feb 6, 2024 | 7:55 PM
Hakim-hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) semasa keputusan dibuat di The Hague, Belanda, atas permintaan Afrika Selatan bagi langkah kecemasan untuk Gaza pada 26 Januari 2024.
Hakim-hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) semasa keputusan dibuat di The Hague, Belanda, atas permintaan Afrika Selatan bagi langkah kecemasan untuk Gaza pada 26 Januari 2024. - Foto EPA-EFE

Singapura sedang mengkaji implikasi undang-undang perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap langkah-langkah sementara, termasuk mengarahkan Israel supaya mematuhi Konvensyen Genosid, bagi membolehkan penghantaran lebih banyak bantuan ke Gaza, dan memaklumkan kepada mahkamah tentang usahanya berbuat demikian. 

Demikian kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, dalam jawapan bertulis kepada soalan yang diajukan Anggota Parlimen (AP) Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang).

Encik Zhulkarnain bertanya apakah pendirian Singapura mengenai permohonan bagi langkah sementara yang diminta oleh Afrika Selatan berkaitan kes yang difailkan terhadap Israel di bawah Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid.

“Oleh kerana perintah ICJ secara amnya mengikat pihak yang terlibat dari segi undang-undang, kita harus membiarkan proses undang-undang yang sewajarnya berjalan lancar.

“Menghormati undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang kemanusiaan antarabangsa, sentiasa menjadi prinsip asas dasar luar Singapura,” kata Dr Balakrishnan.

Afrika Selatan memfailkan permohonan terhadap Israel di hadapan ICJ pada 29 Disember 2023 berkaitan perang di Jaluran Gaza. 

Afrika Selatan juga meminta petunjuk langkah-langkah sementara daripada ICJ dalam permohonannya.

ICJ masih belum membuat keputusan mengenai merit kes itu tetapi telah mengeluarkan perintah mengenai langkah sementara pada 26 Januari 2024.

Namun keputusan ICJ itu juga gagal menuntut gencatan senjata segera di Gaza.

Langkah sementara yang ditetapkan, seperti yang disebut sebelum ini, dianggap seperti teguran kepada ramai rakyat Israel dan kemenangan moral kepada ramai rakyat Palestin.

“Oleh kerana perintah ICJ secara amnya mengikat pihak yang terlibat dari segi undang-undang, kita harus membiarkan proses undang-undang yang sewajarnya berjalan lancar. Menghormati undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang kemanusiaan antarabangsa, sentiasa menjadi prinsip asas dasar luar Singapura.” 
Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg