S’pura kekal komited perjuang kecekapan tenaga

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura kekal komited perjuang kecekapan tenaga

Feb 12, 2026 | 7:01 PM

S’pura kekal komited perjuang kecekapan tenaga

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Singapura telah meningkatkan matlamat kapasiti penggunaan solar daripada dua kepada tiga gigawatt-puncak (GWp) menjelang 2030.
Singapura telah meningkatkan matlamat kapasiti penggunaan solar daripada dua kepada tiga gigawatt-puncak (GWp) menjelang 2030. - Foto ST

Singapura telah meningkatkan matlamat kapasiti penggunaan solar daripada dua kepada tiga gigawatt-puncak (GWp) menjelang 2030.

Ini mencerminkan komitmen Singapura yang teguh dalam meluaskan dan memaksimumkan kapasiti penggunaan solar pada permukaan yang sesuai.

Demikian umum Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, semasa menyampaikan Belanjawan 2026 di Parlimen pada 12 Februari.

Selain itu, Singapura akan terus bergerak aktif dalam mencari kemungkinan untuk mempelbagaikan campuran tenaga sama ada melalui hidrogen, tenaga geoterma atau tenaga nuklear.

Justeru, Singapura sedang membangunkan kemahiran dalam bidang tenaga nuklear agar mampu untuk menilai keselamatan dan kesesuaiannya di Singapura.

Bahkan, Singapura telah mengusahakan satu kerjasama dengan Amerika Syarikat serta Perancis dan sedang mengusulkan yang sama bersama Korea Selatan bagi perihal bidang tersebut.

Tempoh sokongan kepada syarikat untuk terus menggunakan teknologi mampan dan jimat tenaga turut diperpanjang.

Antaranya, Skim Pembiayaan Perusahaan-Hijau telah dilanjutkan selama lima tahun lagi hingga 31 Mac 2031 dan Geran Penjimatan Tenaga pula turut dilanjutkan hingga 31 Mac 2027.

Skim Pembiayaan Perusahaan-Hijau bermatlamat untuk memudahkan akses bagi perusahaan yang membangunkan dan mengamalkan langkah hijau atau lestari.

Skim itu memberi sokongan kepada pemaju projek, penyepadu sistem, serta penyedia teknologi dan langkah bagi mengurangkan pembaziran, penggunaan sumber, atau pelepasan gas rumah hijau.

Ini terutama sekali dalam sektor tenaga bersih, ekonomi kitaran, prasarana hijau, dan pengangkutan bersih.

Bagi Geran Kecekapan Tenaga pula, ia bermatlamat menyokong perusahaan dalam perjalanan kemampanan mereka.

Ini dijalankan melalui pelaburan dana bersama dalam peralatan yang jimat tenaga.

Geran itu dibuka untuk perusahaan daripada sektor seperti perkilangan, perkhidmatan makanan, peruncitan, pembinaan, pusat data dan maritim.

Demi mendukung perniagaan dan firma bagi tujuan mengurangkan pelepasan karbon mereka, pemerintah telah meningkatkan kadar cukai karbon 2026 kepada $45 setiap tan dan akan dikekalkan sehingga 2027.

Harga kadar cukai yang kian meningkat itu telah menunjukkan kesan positif tatkala firma lebih terpanggil untuk memperbaiki penjimatan tenaga dan melabur dalam langkah karbon yang rendah.

Kenaikan kadar cukai itu dikenakan dengan sasaran untuk meningkat kepada antara $50 dengan $80 setiap tan menjelang 2030.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg