S’pura kerah pesawat kedua RSAF bawa pulang rakyat dari Jeddah
S’pura kerah pesawat kedua RSAF bawa pulang rakyat dari Jeddah
Pemerintah Singapura akan mengerahkan pesawat tentera Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan (MRTT) A330 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) bagi penerbangan kedua untuk membantu membawa pulang rakyat Singapura dari Jeddah, Arab Saudi, pada 12 Mac.
Pesawat MRTT yang dikerahkan ke Jeddah itu hanya berfungsi untuk menyokong operasi bantuan keberangkatan warga Singapura, menurut kenyataan bersama Kementerian Ehwal Luar (MFA) dan Kementerian Pertahanan (Mindef) pada 11 Mac.
MFA juga telah menghubungi rakyat Singapura yang mendaftar minat dengan maklumat lanjut, tambah kenyataan sama.
Awal sebelum itu, penerbangan yang dinamakan SAF12 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di Riyadh sekitar 5.30 petang (waktu tempatan) pada 10 Mac sebelum tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi sekitar 6 pagi pada 11 Mac.
Seramai 218 warga Singapura telah selamat dibawa pulang.

