S’pura lulus undang-undang vape lebih ketat, hukuman lebih berat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura lulus undang-undang vape lebih ketat, hukuman lebih berat

Kuat kuasa 1 Mei; Individu dewasa libat golongan muda hadapi hukuman sehingga 20 tahun, sebat hingga 15 kali
Mar 6, 2026 | 7:08 PM

S’pura lulus undang-undang vape lebih ketat, hukuman lebih berat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
vape, parliament
Vape diharamkan di Singapura sejak 2018, dan dengan hukuman lebih berat, pengguna vape kini boleh didenda sehingga $10,000. - Foto fail

Orang dewasa yang melibatkan golongan muda atau individu rentan dalam penyeludupan atau pembekalan Kpod bakal berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan rotan hingga 15 kali.

Individu dewasa yang memiliki Kpod tetapi gagal mencegah remaja daripada menggunakannya boleh dipenjarakan sehingga 10 tahun.

Ini adalah antara peruntukan undang-undang pencegahan vape baru yang diluluskan pada 6 Mac, dan dijangka mula berkuat kuasa 1 Mei.

Akta Kawalan Tembakau dan Penguap itu adalah pindaan kepada Akta Tembakau (Kawalan Iklan dan Penjualan) (TCASA) dan lain-lain.

Sebelumnya dikenali sebagai Akta Kawalan Iklan dan Jualan Tembakau, Akta yang dinamakan semula itu memperkukuhkan penguatkuasaan terhadap vape dan Kpod, iaitu vape yang dicampur dengan etomidate.

Di bawah undang-undang baru, tempat hiburan seperti kelab malam wajib menghalang pelanggan daripada menghisap vape dan mengarahkan mereka membuang peranti itu.

Premis tersebut boleh menghalau pelanggan yang berdegil.

Mereka yang memandu masuk ke Singapura dan didapati membawa vape dalam kenderaan tidak lagi boleh menggunakan alasan tidak tahu tentang peranti itu untuk mengelak hukuman.

Sebaliknya, mereka perlu membuktikan mereka tidak tahu mengenainya.

Hukuman bagi kesalahan vape telah dinaikkan secara mendadak di bawah Akta itu iaitu lima kali ganda untuk pengguna; 20 kali ganda untuk penjual; dan 30 kali ganda untuk penyeludup.

Ini bermakna pengguna vape kini boleh didenda sehingga $10,000.

Penjual pula berdepan denda sehingga $200,000 dan penjara enam tahun.

Penyeludup boleh didenda sehingga $300,000 dan dipenjarakan selama sembilan tahun.

Sebelum ini, denda maksimum bagi pengguna vape adalah $2,000, manakala pengedar, pengimport, dan penjual vape serta komponennya boleh dipenjara sehingga enam bulan dan didenda sehingga $10,000.

Vape diharamkan di Singapura sejak 2018.

Namun, meskipun larangan itu, ramai yang masih menghisap vape di khalayak ramai, dengan laporan terkini mendedahkan pengguna Kpod berkelakuan seperti ‘zombi’, mengalami sawan dan episod psikotik.

Keadaan itu mendorong The Straits Times (ST) melancarkan kempen kesedaran, Vaping: The Invisible Crisis, pada 13 Julai 2025, untuk menyuarakan isu tersebut.

ST turut mengetengahkan ketiadaan talian bantuan 24 jam untuk melaporkan kesalahan vape, memandangkan talian Cawangan Pengawalan Tembakau Penguasa Sains Kesihatan (HSA) hanya beroperasi pada waktu pejabat hari bekerja.

Seminggu kemudian, pada 20 Julai 2025, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, mengumumkan pihak berkuasa sedang berusaha menyenaraikan etomidate di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah (MDA) setelah mendapati satu daripada tiga vape yang disita mengandungi Kpod.

Sehari kemudian, HSA melanjutkan waktu operasi talian bantuan mereka dan memuat naik borang laporan dalam talian untuk vape.

Semasa Rapat Hari Kebangsaan pada 17 Ogos 2025, Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berkata penggunaan vape akan diperlakukan sebagai isu dadah.

Etomidate pula, buat sementara waktu, disenaraikan sebagai Dadah Kelas C di bawah MDA mulai 1 September 2025, yang membawa hukuman lebih berat.

Dalam tempoh enam bulan, seramai 5,170 orang ditangkap kerana kesalahan menghisap vape, dan 593 daripada mereka adalah pengguna Kpod.

Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkan Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon, berkata daripada mereka yang menyertai program pemulihan, 42 orang ingkar, malah seorang dipenjara. Yang lain pula dijangka bakal didakwa.

Beliau menambah, 70 pesalah telah menamatkan program, namun empat remaja mengulangi kesalahan itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg