Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura, M’sia tandatangan perjanjian Zon Ekonomi Khas di rahat pemimpin

Jan 7, 2025 | 1:13 PM
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong (dua dari kiri) bertukar Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bersama Menteri Ekonomi Malaysia, Encik Rafizi Ramli (dua dari kanan), sambil disaksikan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (kiri) dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong (dua dari kiri) bertukar Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bersama Menteri Ekonomi Malaysia, Encik Rafizi Ramli (dua dari kanan), sambil disaksikan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (kiri) dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - The Straits Times

Singapura dan Malaysia telah menandatangani perjanjian untuk membentuk zon ekonomi khas baru untuk tujuan perniagaan dan pelaburan.

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 Januari, menyaksikan pertukaran perjanjian untuk mengadakan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), di Rahat Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11, di Putrajaya, Malaysia.

Bercakap di sidang media bersama di akhir rahat dua hari itu, Encik Wong berkata JS-SEZ akan mencipta pekerjaan yang baik dan lebih banyak peluang untuk rakyat kededua negara.

“Semasa berunding untuk mengadakan perjanjian ini, kededua pihak telah melibatkan secara aktif pihak berkepentingan untuk memastikan JS-SEZ mempunyai ciri-ciri yang boleh membantu perniagaan kita berkembang bersama untuk jangka lebih panjang,” kata Encik Wong.

“Justeru, kami yakin pada JS-SEZ dan berhasrat melaksanakannya.”

“Ada banyak kekekuatan dari kededua pihak untuk menjadikan zon itu lebih berdaya saing dan menjadi lokasi menarik untuk dijadikan tapak perniagaan,” kata Encik Wong.

Bagi pihak Singapura, pihak berkuasa di sini telah mengadakan perbincangan dengan banyak perniagaan yang berminat untuk mengembangkan perniagaan ke Johor, kata Encik Wong, menambah.

“Potensi lebih besar bagi JS-SEZ bukan sahaja mengenai perniagaan Singapura pergi ke Johor, malah mengenai kededua pihak bekerjasama untuk menarik pelaburan baru di peringkat dunia,” kata Encik Wong.

Menambah, Encik Wong berkata memasarkan zon itu sebagai destinasi yang digabungkan, membolehkan kededua pihak menarik lebih banyak pelaburan dunia.

Datuk Anwar berkata JS-SEZ ialah inisiatif unik kerana adalah jarang dua negara bekerjasama sebagai satu pasukan.

Kededua negara juga dipimpin pemerintah yang stabil dari segi politik dan mempunyai dasar ekonomi yang jelas, katanya lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg