Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura negara kedua paling mesra

Oct 10, 2024 | 5:38 PM
Singapura menduduki tangga kedua negara paling mesra daripada 20 bandar utama negara lain.
Singapura menduduki tangga kedua negara paling mesra daripada 20 bandar utama negara lain. - Foto CMG

Singapura menduduki tangga kedua dalam ranking negara paling mesra di Asia, menurut kajian dilakukan oleh Preply, sebuah syarikat kelas tuisyen dalam talian.

Syarikat Preply menilai bandar utama di seluruh Asia dan melihat faktor bagi setiap lokasi, termasuk kadar pulangan pelawat, penerimaan kepelbagaian dan indeks keselamatan setiap bandar.

Mereka mengikut metrik dan maklumat daripada beberapa laman web, mengira skor akhir dan menentukan kedudukan bandar-bandar tersebut daripada yang paling mesra kepada yang paling kurang mesra.

Bandar paling mesra di Asia ialah Taipei di Taiwan manakala bandar paling kurang mesra di Asia ialah Mandalay di Myanmar.

Singapura mempunyai kadar pulangan pelawat 14 peratus dan menduduki tempat 164 daripada 200 dalam penerimaan pelawat.

Namun, skor penerimaan kepelbagaian Singapura adalah 52 daripada 100, manakala skor indeks keselamatannya ialah 74.68 daripada 100.

Daripada semua bandar di Asia, Singapura mempunyai penguasaan bahasa yang paling tinggi, dengan skor 631.

Mengenai keramahan terhadap warga asing, Singapura mendapat skor 3/5.

“Boleh difahami betapa mesranya Singapura, kerana penggunaan bahasa Inggeris yang meluas membolehkan komunikasi dan kebolehcapaian yang mudah untuk pelancong, di mana penutur bahasa Inggeris boleh berinteraksi dengan penduduk tempatan tanpa halangan bahasa,” kata Preply. – Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg