S’pura perkukuh kerjasama sosial dengan Arab Saudi, UAE

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura perkukuh kerjasama sosial dengan Arab Saudi, UAE

Kededua MOU ditandatangani sahkan jalinan hubungan yang kian kembang antara Singapura dengan Arab Saudi dan UAE
Feb 19, 2026 | 5:41 PM

S’pura perkukuh kerjasama sosial dengan Arab Saudi, UAE

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
MSF, Singapura, MOU, UAE, Arab Saudi
Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad (kiri), bersama Menteri Pembangunan Sosial dan Sumber Manusia Arab Saudi, Encik Ahmad Sulaiman Al-Rajhi, selepas pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) di Riyadh, Arab Saudi. - Foto MSF

Singapura memperkukuhkan kerjasama dalam pembangunan sosial, dasar keluarga dan pembangunan masyarakat bersama Arab Saudi dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) dengan negara masing-masing.

MOU sedemikian ditandatangani di Riyadh, ibu negara Arab Saudi, pada 2 Februari, manakala MOU berikutnya dimeterai di Dubai, ibu negara UAE, pada 4 Februari, kata Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).

MSF dalam satu kenyataan pada 19 Februari menyatakan kededua MOU itu mengesahkan jalinan hubungan yang kian berkembang antara Singapura dengan Arab Saudi dan UAE.

“Ia juga menggariskan penekanan berterusan Singapura terhadap jalinan kerjasama, kolaborasi dan perkongsian dengan rakan kongsi yang berfikiran serupa, untuk memajukan kepentingan bersama dalam pembangunan sosial, serta memperkukuh keluarga dan masyarakat,” jelas MSF.

Kementerian itu menambah, MOU yang dimeterai di Riyadh ditandatangani Menteri Pembangunan Sosial dan Sumber Manusia Arab Saudi, Encik Ahmad Sulaiman Al-Rajhi; dan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

MOU tersebut, kata MSF, meliputi usaha sama mewujudkan rangka kerja dalam aspek pemerkasaan sosial dan keluarga, tanggungjawab sosial dan dasar yang menyokong golongan kurang upaya.

Kerjasama itu akan dimudahkan melalui pertukaran maklumat dan amalan terbaik, lawatan pegawai dan karyawan kededua pihak, serta penyertaan kededua negara dalam persidangan dan bengkel, tambah MSF.

Dalam satu hantaran di Facebook pada 3 Februari, Encik Masagos berkata beliau mengalu-alukan kerjasama yang diperluas antara Singapura dengan Arab Saudi itu.

“MOU ini menyediakan wadah berguna untuk kededua negara bertukar pandangan mengenai dasar, amalan terbaik dan memperdalam kerjasama.

“Ini agar kami (pemerintah) dapat menyokong keluarga dengan lebih baik dan meningkatkan mutu kehidupan golongan yang memerlukan dalam masyarakat kita,” ujarnya.

MOU yang dimeterai di Dubai pula ditandatangani Encik Masagos bersama Menteri Pemerkasaan Masyarakat UAE, Cik Shamma Al Mazrui.

MSF menyatakan MOU antara Singapura dengan UAE menyediakan wadah bagi pertukaran dasar dan kerjasama dalam bidang seperti pemerkasaan masyarakat, bantuan sosial, mobiliti sosial dan menyokong pertumbuhan yang bersifat terangkum.

UAE dan Arab Saudi merupakan antara negara terkini yang telah memeterai MOU dengan MSF.

MOU itu antara lain memberikan peluang bagi pertukaran pengetahuan yang memberi manfaat kepada kededua negara.

Pada 2022, MSF menandatangani MOU bersama Kementerian Pemerkasaan Wanita dan Perlindungan Kanak-kanak (MoWECP), Republik Indonesia.

Di bawah MOU itu, kededua negara menggiatkan usaha bagi perkongsian amalan terbaik dan pertukaran maklumat, program penempatan kerja, penyertaan dalam acara dan program latihan yang dijalankan oleh kededua kementerian.

Usaha sedemikian dilakukan demi memperkasa kaum wanita, memperhebat lagi perlindungan kanak-kanak dan pembangunan keluarga, kata MSF dan MoWECP dalam satu kenyataan bersama pada 8 November 2022.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg