S’pura rancang peraturan untuk kotak misteri bagi atasi risiko perjudian

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura rancang peraturan untuk kotak misteri bagi atasi risiko perjudian

Feb 13, 2026 | 4:20 PM

S’pura rancang peraturan untuk kotak misteri bagi atasi risiko perjudian

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Singapore, blind box, kotak misteri, perjudian, gambling, MHA, Miniso, Pop Mart
Fenomena kotak misteri telah mendorong peminat untuk mencari model yang jarang ditemui dan menjual semula model tersebut dengan harga ribuan dolar. - Foto fail

Sementara kegilaan membeli barang ‘misteri’ tersebar di seluruh dunia, Singapura mengambil langkah untuk menangani risiko perjudian yang ditimbulkan oleh produk yang menyembunyikan kandungan spesifik daripada pembeli.

Pihak berkuasa perjudian Singapura dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) telah memutuskan untuk mengawal selia cara kotak misteri atau ‘blind box’ ditawarkan kepada orang ramai, menurut satu jawapan bertulis bagi soalan Parlimen pada 12 Februari.

Sementara pihak berkuasa merangka peraturan baru, mereka akan menimbangkan untuk mewajibkan kotak tersebut untuk mendedahkan kebarangkalian menerima produk tertentu. 

Langkah itu bertujuan mengawal risiko perjudian dengan lebih berkesan, kata Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam.

Fenomena kotak misteri, yang telah mendorong lonjakan pendapatan bagi pengeluar mainan seperti Pop Mart International Group dan Miniso Group Holding, telah mendorong peminat untuk memburu model yang jarang ditemui dan menjual semula barangan berharga dengan harga ribuan dolar.

Pop Mart telah membuka sekurang-kurangnya enam kedai di seluruh Singapura, dari kawasan beli-belah utama Orchard sehingga pusat membeli-belah di pinggir bandar, dan turut menganjurkan pameran tahunan yang menarik ratusan pengunjung.

Tiket untuk acara tersebut dijual serendah $208 untuk pengalaman premium pada 2025.

Masih tidak jelas bagaimana peraturan baru itu akan mempengaruhi jualan siri popular tersebut.

Pop Mart tidak memberikan maklum balas terhadap permintaan mengulas peraturan itu.

Pelan tersebut menunjukkan Singapura mengambil langkah lebih besar berbanding banyak negara lain dalam mengetatkan kawalan terhadap produk misteri yang boleh mendorong dan membawa kepada perjudian.

Pada 2023, Persatuan Pengguna China menyeru pengendali mendedahkan maklumat utama, seperti kuantiti keluaran dan kebarangkalian memperoleh barangan edisi terhad.

Akhbar People’s Daily China sebelum ini memberi amaran mengenai kesan produk berkaitan terhadap kanak-kanak.

Ia mencadangkan penubuhan zon khas bagi kanak-kanak untuk menghalang pembeli bawah umur daripada terjebak dalam tabiat membeli secara ketagihan. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg