Singapura dan Arab Saudi akan mempertingkat kerjasama dalam sektor kesihatan selepas kementerian kesihatan kedua-dua negara menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) pada 27 November.
MOU itu ditandatangani oleh Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, dan Menteri Kesihatan Arab Saudi, Encik Fahad Abdurrahman Al-Jalajel, yang berada di sini untuk lawatan dua hala.
MOU yang ditandatangani itu merangkumi kerjasama dalam pendidikan dan latihan, penjagaan kesihatan asas, rantaian bekalan penjagaan kesihatan, prasarana kemudahan penjagaan kesihatan, pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit, serta dasar untuk mempromosikan gaya hidup sihat.
Langkah itu sekali gus mengukuhkan hubungan erat antara Singapura dengan Saudi.
Ia juga mencerminkan komitmen bersama untuk mempertingkatkan kerjasama sedia ada dan meneroka bidang kerjasama baru bagi kededua negara.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg