Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura sekat akses ke MalaysiaNow selepas gagal patuh arahan Pofma

Nov 17, 2025 | 6:44 PM
Arahan pembetulan itu mengarahkan MalaysiaNow untuk memaparkan notis pembetulan beserta dengan bahan yang diterbitkan,
Arahan pembetulan itu mengarahkan MalaysiaNow untuk memaparkan notis pembetulan beserta dengan bahan yang diterbitkan, - Foto fail

Pihak berkuasa telah mengeluarkan arahan untuk menyekat akses ke portal berita Malaysia, MalaysiaNow, selepas portal tersebut enggan menyiarkan notis pembetulan bagi artikel bertarikh 9 November mengenai layanan terhadap seorang pengedar dadah yang telah dihukum mati.

Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) dalam satu kenyataan bersama pada 17 November menyatakan bahawa mereka mengambil maklum mengenai kenyataan MalaysiaNow, yang menolak arahan pembetulan tersebut dan mengkritik pendekatan pemerintah dalam menjelaskan maklumat palsu dalam talian.

Arahan pembetulan tersebut mensyaratkan MalaysiaNow untuk memaparkan notis pembetulan bersama dengan bahan yang diterbitkan.

Dengan cara itu, pembaca di Singapura dapat membuat penilaian sendiri selepas membaca kededua versi, menurut kededua kementerian tersebut.

Namun, MalaysiaNow masih belum mematuhi arahan itu walaupun telah diberikan peringatan, menurut kenyataan tersebut.

“Ini bukan tindakan yang akan diambil oleh mana-mana penerbit media yang bertanggungjawab dengan integriti kewartawanan,” tambah kenyataan itu.

Hasilnya, MDDI telah mengarahkan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) untuk mengeluarkan arahan sekatan akses yang memerlukan penyedia perkhidmatan internet demi menutup akses ke laman Malaysia itu bagi pengguna di Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg