Cek berjumlah sekitar $1.3 juta hasil kempen pengumpulan dana di Singapura oleh Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF), diserahkan kepada Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) dan Organisasi Amal Jordan Hashemite (JHCO) dalam satu majlis di Amman, Jordan, pada 21 Januari.
Penyerahan tersebut turut disaksikan Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman (empat dari kanan).
Turut serta di majlis tersebut ialah (dari kiri) Penasihat Perkongsian Serantau dan Penggerak Sumber Unicef, Cik Joana Perez Martorell; Timbalan Pengarah Operasi Wilayah Timur Tengah dan Afrika Utara Unicef, Encik Abdul Fofana; Anggota Lembaga Pemegang Amanah RLAF, Encik Zalman Putra Ahmad Ali; Ketua Pegawai Eksekutif RLAF, Encik Adnan Hamid; Duta Bukan Pemastautin Singapura ke Jordan, Encik Shamsher Zaman; Setiausaha Agung JHCO, Dr Hussein Al Shebli; dan Pengarah Jabatan Kewangan JHCO, Encik Raad Awad.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg