Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura tarik balik syarat berkaitan melamin bagi import produk susu China

Oct 26, 2023 | 4:19 PM
BUANG PRODUK TERCEMAR: Dalam gambar fail yang dirakam pada September 2008 ini, pegawai Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) dilihat membuang sekitar 500 karton produk tenusu Yili yang didapati mengandungi melamin ke dalam insinerator di Tuas.
BUANG PRODUK TERCEMAR: Dalam gambar fail yang dirakam pada September 2008 ini, pegawai Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) dilihat membuang sekitar 500 karton produk tenusu Yili yang didapati mengandungi melamin ke dalam insinerator di Tuas. - Foto fail

Syarat berkaitan bahan kimia melamin bagi import susu dan produk berkaitan susu dari China ke Singapura akan ditarik balik pada 1 November, kata Agensi Makanan Singapura (SFA).

Ia diperkenal pada 2008 setelah sekitar 300,000 kanak-kanak diracun di China kerana pembekal dari negara itu menambah melamin ke dalam susu tepung untuk meningkatkan kandungan protein di dalamnya secara buatan.

Melamin adalah sejenis bahan kimia yang digunakan untuk membuat plastik.

Di bawah syarat itu, produk mesti dibuat oleh syarikat yang disahkan untuk mengeksport oleh pihak berkuasa China dan pengilang mesti menguji setiap kumpulan bahan mentah serta produk yang dihasilkan bagi memastikan ia tidak tercemar dengan melamin.

Pihak berkuasa China juga perlu menguji setiap kumpulan produk yang dihasilkan dan memberi sijil kesihatan mengandungi hasil ujian melamin bersama konsainan ke Singapura.

Menurut The Straits Times, SFA berkata ia akan menarik balik syarat itu kerana pencemaran melamin tidak dikesan dalam susu dan produk susu dari China sejak 2012. SFA tidak menjelaskan alasan syarat itu tidak ditarik balik lebih awal.

Agensi tersebut menambah bahawa ia telah memantau rapi susu dan produk susu yang diimport dari China.

“Sejak 2008, pihak berkuasa China juga telah meningkatkan peraturan dan langkah kawalan di seluruh rantaian pengeluaran tenusunya,” kata SFA.

Dalam surat kepada peniaga susu dan produk susu pada Isnin, SFA berkata China telah memperkukuh proses penyeliaan dan pentadbirannya. Ini termasuk pelesenan pengeluaran lebih ketat, pemeriksaan lebih kukuh, pengesanan, pemantauan dan penilaian serta hukuman lebih berat bagi produk didapati mengandungi melamin merentasi rantaian makanan tenusu.

SFA berkata syarat import disemak dari semasa ke semasa dan semua import makanan, termasuk susu dan produk berkaitannya yang diimport dari China, mesti mematuhi syarat keselamatan makanan agensi itu.

Skandal susu tepung melamin di China pada 2008 itu meragut nyawa enam kanak-kanak.

Mereka yang bertanggungjawab bagi pencemaran itu dan merahsiakannya dijatuhi hukuman mati atau penjara yang panjang.

Sebagai respons kepada skandal susu tersebut, Singapura pada waktu itu mengharamkan sementara penjualan produk susu buatan China dan menguji lebih 3,500 produk susu.

Sebanyak 16 produk susu di sini yang didapati mengandungi melamin berlebihan dimusnahkan.

Antara produk terjejas ialah White Rabbit Creamy Candy dan tiga perisa susu Dutch Lady.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg