Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

S’pura teroka laut dalam untuk fahami biodiversiti marin

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura teroka laut dalam untuk fahami biodiversiti marin

Apr 15, 2024 | 07:29 PM



Sedang negara di seluruh dunia menerokai laut dalam yang penuh misteri, saintis Singapura juga memulakan ekspedisi serupa untuk memahami perairan Asia Tenggara dengan lebih baik.

Pada 2018, penyelidik dari Singapura dan Indonesia memulakan ekspedisi pertama ke lautan Indonesia berdekatan Jawa Barat.

Di sana, mereka menemui sekitar 800 spesies daripada lebih 200 famili span, obor-obor, moluska, tapak sulaiman, landak laut, cacing, ketam, udang dan ikan, yang merangkumi lebih 12,000 haiwan individu.

Daripada jumlah tersebut, sekurang-kurangnya 27 daripadanya adalah spesies yang ditemui buat kali pertama, lapor The Straits Times (ST)


Sejenis hidupan, khususnya, menarik perhatian dunia, iaitu, ‘lipas laut dalam’ gergasi, yang digelar ‘Darth Vader’ kerana rupanya yang mirip watak jahat dalam filem, Star Wars.


Lipas laut bathynomus raksasa sepanjang lebih 30 sentimeter (cm) yang mempunyai 14 kaki itu, berkait rapat dengan spesies marin seperti ketam dan udang serta hidupan di dasar lautan, yang mengais sisa haiwan marin yang telah mati.


Ekspedisi tersebut menemui spesimen jantan dan betina lipas tersebut pada kedalaman antara 900 meter (m) dengan 1,200m.

Sepanjang dua minggu, pasukan seramai 31 penyelidik dari dua negara itu belayar dari Jakarta ke Selat Sunda, dan dari sana, ke perairan berdekatan pelabuhan Cilacap, di bahagian barat daya Jawa, Indonesia.

Sejak ekspedisi pada 2018 itu, para penyelidik dari Muzium Sejarah Semula Jadi Lee Kong Chian, Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Pusat Penyelidikan Oseanografi Institut Sains Indonesia, menyisir dan meneliti spesimen yang terkumpul dan menerbitkan banyak kertas penyelidikan yang memperincikan penemuan mereka.

Usaha tersebut boleh mengambil masa bertahun-tahun disebabkan kesukaran mencari saintis yang mempunyai kepakaran yang sesuai untuk meneliti organisma tersebut.

Kini, satu lagi ekspedisi bagi penyelidik NUS itu sedang dirancang untuk meningkatkan pemahaman mereka mengenai ekosistem lautan dalam di rantau ini, dan kawasan yang melepasinya.

Sementara itu, sebuah lagi kapal penyelidikan milik OceanX, akan memulakan ekspedisi di Asia Tenggara pada Mei, bermula dengan Sumatera Utara dan Barat di Indonesia.

OceanX adalah daya usaha penerokaan lautan dalam yang diasaskan oleh jutawan bertaraf bilionair Amerika, Ray Dalio dan anaknya Mark.

OceanXplorer sepanjang 87m itu berupaya mengkaji perairan sedalam 6,000m.

Ia kini berlabuh di Keppel Bay di Singapura untuk menjalankan program saintifik dan pendampingan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >