Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Bengkel percuma di Perpustakaan Biodiversiti Kanak-Kanak, buku skrap perjalanan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bengkel percuma di Perpustakaan Biodiversiti Kanak-Kanak, buku skrap perjalanan

Mar 05, 2024 | 05:30 AM



Jadikan masa keluarga lebih istimewa dengan idea dan kegiatan berikut.

Perpustakaan
Biodiversiti Kanak-Kanak

Berinteraksi dengan penyelam dan penjaga akuarium, temui hidupan laut dan sertai sesi kitar semula.

Ia adalah beberapa program percuma yang ditawarkan di Perpustakaan Biodiversiti Kanak-Kanak oleh S.E.A. Aquarium.

Bahagian kanak-kanak di Perpustakaan Awam Central yang diubah suai itu adalah kerjasama antara Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) dan Resorts World Sentosa.

Selain pilihan buku kanak-kanak yang luas, ia juga mempunyai ciri pembelajaran bertema akuatik.

Di satu sudut, misalnya, kanak-kanak boleh melihat spesimen termasuk rahang jerung dan rangka karang.

Bengkel pendidikan dijalankan di dalam bilik yang direka bentuk menyerupai kapal selam.

Sesi seterusnya, ‘Intertidal Art-Venture’ pada 9 Mac, sesuai untuk kanak-kanak berumur sembilan hingga 13 tahun, yang akan belajar melukis haiwan di kawasan pasang surut. Daftar di str.sg/esSe

Jika kelas itu penuh, jangan risau, kerana ibu bapa boleh mendaftarkan anak mereka untuk program lain.

Slot dibuka sebulan lebih awal.

Lihat rangkaian program yang ditawarkan dan ciri lain Perpustakaan Biodiversiti Kanak-kanak di str.sg/zBft

‘Disney On Ice’
persembahkan
‘100 Years Of Wonder’

Mickey Mouse dan watak Disney lain akan meluncur ke Stadium Tertutup Singapura sekali lagi, dari 9 hingga 17 Mac.

Di rancangan ‘Disney On Ice: 100 Years of Wonder’, yang meraikan ulang tahun ke-100 The Walt Disney Company, peminat berpeluang menyusuri jalan kenangan dengan sorotan daripada rancangan-rancangan klasik.


Orang ramai boleh menjangkakan persembahan daripada Mary Poppins daripada filem muzikal 1964, Aladdin dari filem animasi 1992, Simba dari The Lion King (1994), dan kumpulan Toy Story serta rakan baru mereka Forky (1995 hingga sekarang).


Puteri-puteri Disney – termasuk Tiana dari The Princess And The Frog (2009), Merida dari Brave (2012) dan Elsa dari Frozen (2013) – juga akan mempamerkan gerakan meluncur mereka.







Harga tiket antara $25 dengan $174, tidak termasuk bayaran tempahan. Masuk percuma bagi bayi dan kanak-kanak di bawah umur dua tahun, jika mereka duduk di pangkuan ibu bapa atau penjaga.

Dapatkan tiket di str.sg/zX6X.

Buku skrap perjalanan semasa bercuti
di Australia Barat

Australia Barat, sekitar empat jam setengah melalui penerbangan, adalah destinasi percutian yang popular untuk warga Singapura.

Sekitar 86,000 orang telah mengunjungi negeri itu dari Januari hingga September 2023, menjadikan Singapura pasaran pelancongan kedua terbesar di belakang pelancong dari Britain.

Keluarga yang merancang ke sana semasa cuti sekolah Mac boleh memuat turun buku skrap perjalanan percuma yang dihasilkan oleh ST Smart Parenting.







Disyorkan untuk kanak-kanak sekolah rendah, Let’s Go To… West Australia, mempunyai 13 halaman kegiatan untuk membantu kanak-kanak belajar tentang haiwan, makanan dan budaya negara itu.


Kanak-kanak boleh mencuba pelbagai kegiatan sepanjang perjalanan.

Satu cabaran yang menyeronokkan ialah mencari makna slanga yang biasa digunakan di Australia seperti ‘bikkie’, ‘crikey’ dan ‘maccas’.

Kanak-kanak boleh meminta penduduk tempatan yang peramah untuk menerangkan maksudnya.

Buku skrap itu boleh didapatkan di str.sg/iGeK

Sebaik-baiknya, buku itu dicetak dengan warna pada kertas bersaiz A4.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >