Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura ucap takziah kepada Papua New Guinea susul tanah runtuh, ikrar bantuan $67,000

May 29, 2024 | 6:57 PM
Dianggarkan sekitar 7,849 orang telah terjejas akibat bencana tersebut, termasuk mereka yang mungkin memerlukan pemindahan dan penempatan semula.
Dianggarkan sekitar 7,849 orang telah terjejas akibat bencana tersebut, termasuk mereka yang mungkin memerlukan pemindahan dan penempatan semula. - Foto AFP

Singapura telah menyampaikan ucapan takziahnya kepada Menteri Luar Papua New Guinea, Encik Justin Tkatchenko di atas kejadian tanah runtuh yang berlaku pada 24 Mei lalu, dan mengorbankan lebih daripada 2,000 orang tertimbus di bawah runtuhan.

Dalam suratnya kepada Encik Tkatchenko pada 29 Mei, Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan berkata beliau amat sedih di atas insiden tersebut.

“Bagi pihak pemerintah Singapura, saya menyampaikan rasa takziah mendalam kepada keluarga mereka yang terjejas,” tulis Dr Balakrishnan.

Pemerintah akan menyumbang AS$50,000 ($67,000) menerusi Palang Merah Singapura (SRC) terhadap usaha bantuan dan pemulihan, tambah beliau.

Awal daripada itu pada 29 Mei, SRC berkata bahawa ia akan mengikrarkan lagi $50,000.

Lebih daripada 2,000 orang dikhuatiri meninggal dunia, tertimbus di bawah serpihan dan tanah selepas satu kejadian tanah runtuh menjejas sebuah perkampungan di wilayah Enga pada 24 Mei.

Sebanyak enam mayat telah ditemui sejauh ini.

Dianggarkan sekitar 7,849 orang telah terjejas akibat bencana itu, termasuk mereka yang memerlukan pemindahan dan penempatan semula, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 28 Mei.

Bantuan itu akan digunakan bagi memenuhi keperluan mereka yang terjejas, seperti makanan, air, tempat perlindungan dan penjagaan trauma, kata SRC dalam satu kenyataan pada 29 Mei.

“Kami amat berdukacita di atas tanah runtuh yang tragik ini yang menyebabkan kehilangan jiwa yang besar dan ribuan lagi dipindahkan,” kata setiausaha agung dan ketua eksekutif SRC, Encik Benjamin William.

Bantuan itu akan disediakan buat Palang Merah Papua New Guinea serta Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg