Premium
SSA Academy lancar dua kursus Pertanian Bandar
Kursus bertujuan biasakan pelajar dengan kemahiran amali, usahakan makanan sendiri di rumah dan sokong inisiatif kemapanan
Jul 18, 2024 | 3:10 PM
Bengkel pengenalan Pertanian Bandar kendalian SSA Academy di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat (LLI) di Paya Lebar berlangsung pada 18 Julai sempena Festival SkillsFuture 2024. Dalam satu kenyataan pada 18 Julai, SSA Academy berkata dua kursus baru iaitu Pertanian Bandar: Tumbuhan boleh Dimakan dan Pertanian Bandar: Cucuk Tanam Guna Bekas, turut dilancarkan. - Foto SSA ACADEMY
SSA Academy telah melancarkan dua kursus Pertanian Bandar sempena Festival SkillsFuture 2024 anjuran Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat (LLI).
Dalam satu kenyataan pada 18 Julai, SSA Academy berkata dua kursus baru tersebut – Pertanian Bandar: Tumbuhan boleh Dimakan dan Pertanian Bandar: Cucuk Tanam Guna Bekas – bertujuan mendedahkan dan membiasakan pelajar dengan kemahiran amali.
Laporan berkaitan
SSG lancar 10 Program Belajar Sambil BekerjaJul 17, 2024 | 7:36 PM
Forum: Sokong perkembangan pekerja asah kemahiranJul 10, 2024 | 6:13 PM

