Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Starhub: Gangguan khidmat jalur lebar, TV telah pulih

Aug 22, 2024 | 1:18 PM
Pengguna StarHub mengalami masalah sambungan selama berjam-jam pada petang 20 Ogos di beberapa kawasan di Singapura.
Pengguna StarHub mengalami masalah sambungan selama berjam-jam pada petang 20 Ogos di beberapa kawasan di Singapura. - Foto fail

Gangguan kepada perkhidmatan jalur lebar dan TV StarHub telah dipulihkan sepenuhnya, kata syarikat telekomunikasi itu dalam maklumat terkini pada 21 Ogos.

Menjawab pertanyaan The Straits Times, seorang jurucakap StarHub berkata:

“Pasukan kami bekerja keras untuk mengubah laluan trafik dan memulihkan perkhidmatan secepat mungkin. Semua perkhidmatan kini harus berfungsi secara normal.”

Jurucakap tersebut juga menambah bahawa pengguna StarHub yang masih menghadapi masalah sambungan boleh menghidupkan semula penghala atau router, bersama dengan kotak set-top, jika perlu, untuk memastikan pemulihan perkhidmatan yang betul.

“Kami fokus memastikan kestabilan dan keandalan perkhidmatan kami. Pasukan khidmat pelanggan kami kekal bersedia memberi sebarang bantuan lanjut.

“Kami dengan ikhlas meminta maaf di atas kesulitan yang berlaku dan amat menghargai kesabaran dan pemahaman yang ditunjukkan pelanggan kami pada masa ini,” kongsi beliau.

Pengguna StarHub di beberapa kawasan di Singapura mengalami masalah sambungan selama berjam-jam pada petang 20 Ogos.

Gangguan tersebut, yang dipulihkan secara berperingkat selepas 9 malam, berpunca daripada masalah pada pelayan Sistem Nama Domain (DNS) StarHub.

DNS adalah seperti buku telefon yang memadankan nama domain, seperti yang terdapat dalam alamat laman web, alamat protokol Internet, iaitu rentetan nombor yang mengenal pasti peranti di Internet.

Laman web Downdetector, yang mengesan kegagalan dan gangguan, telah mencatatkan lebih 7,500 laporan sekitar 8.30 malam pada 20 Ogos.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg